Sunday, October 16, 2011

Orang panggil Marketing, kita panggil Neraca Dunia


Manusia yang terikat dengan neraca dunia akan terikat dengan ikatan-ikatan persepsi manusia.

Contoh yg paling tipikal pada zaman sekarang ialah mereka yang tidak berjaya mendapat lulusan ijazah akan dianaktirikan dalam pengambilan pekerja baru. Ramai yang tidak nampak di sebalik ketiadaan lulusan ijazah itu, ada seorang insan serba boleh yang berdedikasi melakukan kerja, berkebolehan menarik minat orang ramai apabila berucap di hadapan, mempunyai skil pengurusan yang sangat tinggi dan yang paling penting, mempunyai jatidiri Muslim yang kuat. Tetapi hanya kerana tidak melepasi CGPA tertentu, insan ini tidak layak mendapat kerja. Aduhai protokol zaman sekarang. Itulah yang saya katakan tadi, kita sekarang mudah terikat dengan ikatan-ikatan persepsi manusia.

Begitulah sedikit pendahuluan atau pengenalan tentang neraca dunia.

Sesetengah orang yang berfikiran licik, dia akan menggunakan neraca ini untuk mengubah sejarah dunia. Sesetengah orang yang berkecimpung dalam dunia marketing juga berfikir dalam gelombang yang sama. Ada yang memanggilnya strategi propaganda. Saya cenderung menggunakan istilah ini.
Apabila satu persepsi berjaya dibentuk secara massa, arus perubahan akan terbentuk. Kerana pada akal fikiran kebanyakan manusia, persepsi itu kini merupakan pandangan yang betul.

Contohnya:
1. Antara strategi propaganda Hitler ialah "Big Lie". Hitler pernah berkata:
“Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it.”
Mengikut periwayatan Wikipedia, strategi ini merupakan adaptasi dari strategi Yahudi apabila mereka menyalahkan seorang pegawai tentera German sebagai punca kepada kekalahan German dalam Perang Dunia Pertama. (sumber: Wikipedia)








2. Bangsa Yahudi juga semakin giat melakukannya sekarang di bumi Palestin dalam perancangan yang kita kenali sebagai 'Pengyahudian Baitul Maqdis'. Antara perkara yang mereka laksanakan ialah memindahkan kubur-kubur nenek moyang mereka ke Palestin supaya generasi yang akan datang percaya bahawa bangsa mereka telah berada berada di situ sejak bertahun lamanya. Simbol-simbol kepercayaan mereka juga banyak digunakan untuk mengubah identiti bumi Palestin. (sumber: Aman Palestin)





3. Semasa Kamal Attarturk giat men-sekularkan negara Turki, dia mewajibkan semua pelacur untuk memakai hijab dan pada masa yang sama, mengharamkan wanita umum memakai hijab. Dengan kata lain, dia mewujudkan satu persepsi bahawa mereka yang berhijab itu bertaraf pelacur. (sumber: perkongsian di TED)




Neraca dunia. Sifatnya tidak menentu. Dan sudah pasti manusia yang berpegang dengan neraca dunia dengan taksubnya akan terperangkap dalam kehidupan dunia, tidak mampu lagi melihat alam akhirat, syurga dan neraka.

Bagaimana seharusnya kita menghadapi cabaran ini?



Hanya mereka yang meletakkan neraca Illahi sebagai paksi kehidupan akan mampu membebaskan diri mereka dari dunia penghambaan yang sempit ini kepada dunia dan akhirat yang maha luas.


Neraca Illahi lah neraca yang sepatutnya menjadi neraca yang akan memberat atau meringankan pertimbangan seseorang. (sumber: tafsir surah 'Abasa, Fi Zilal)


Neraca Illahi tiada sebarang hubungan dengan budaya-budaya bumi dan keadaannya persekitarannya.
Sumbernya tidak lain dan tidak bukan, al-Quran dan Sunnah.



No comments: