Thursday, May 29, 2008

Sehingga menusuk hidung

Mengapa ramai wanita (wanita muslim especially) di luar sana suka sangat memakai wangian melebih-lebih? Sehingga bau itu boleh terhidu sekitar 5 meter radius sekitar mereka. Bau itu sangatlah xsedap. Menusuk ke hidung, membuat saya selsema. Orang mukmin akan mengucap apabila terhidu. Tahukah perbuatan itu berhias melampau-lampau?

Pakailah ala kadar, sekadar hendak menutup bau yang tidak enak.
Tahu tabarruj? Ianya ditegah, HARAMM

Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka.

Rujuk Al-Ahzab 33.

Sekali lagi..HARAM wahai wanita-wanita Muslim.


Peliharalah dirimu wahai wanita, nescaya dirimu akan terpelihara dari api neraka.

Jangan biarkan mata-mata liar lelaki gersang di luar sana memandangmu.
Tutup pintu maksiat itu.

Kamu sudah dimuliakan dalam Islam, tidak perlu kamu mencari kaedah lain untuk memuliakan/menaikkan imejmu.

Sunday, May 18, 2008

Nakbah

Nakbah...bagi yang peka, perkataan ini menjadi peringatan kpd ttg malapetaka yang telah berlaku ke atas orang Islam. Selama 60 tahun, bencana ini masih lagi tidak dapat diatasi.

Tp mungkin ada yang masih belum mengetahui apakah itu nakbah. Apa itu nakbah?

Malapetaka Tertubuhnya Israel



Selalu nampak gambar-gambar sebegini? Mungkin sebelum ini kita melihat gambar-gambar ini sambil lewa; nampak di depan mata, keluar terus menembusi ke belakang kepala. Tidak ada rasa sedih, rasa geram, rasa ingin bersama mereka. Cuba kita berhenti seketika, menyelami kehidupan mereka. Mereka saudara-saudara kita, mereka sedang menderita saban hari. Analogikan mereka barat anggota badan kita yang sakit. Telah lama mereka menderita. Adakah kita mengambil tahu?


He was sleeping...

He was also sleeping. Dalang = Israel


60 tahun mereka hidup berjihad, mempertahankan bumi Palestin. Di mana kita? Selama kita hidup, berapa byk doa yang kita hadiahkan kepada mereka?

Ini bukan soal rakyat Palestin mempertahankan negara dan kedaulatan mereka, tetapi soal umat Islam mempertahan bumi alAqsa yang telah diwariskan kepada kita. Bukan sedikit mahar yang telah dibayar utk Umar al-Khattab membuka tanah Palestin ini. Begitu juga pejuang2 Islam yang telah berkorban mempertahankannya sepanjang zaman pemerintahan Khilafah.


Biadap tahap PhD

Adik kita seronok ke sekolah, dia menderita ke hospital.

Kita hidup penuh gelak ketawa, mereka menangis kerana ahli keluarga dibunuh.

Hari demi hari, akan ada di kalangan mereka yang gugur syahid.


Hari ulangtahun nakbah mungkin telah beberapa hari berlalu 15 Mei, namun itu tidak bermaksud kita terus melupakannya. Ini bukannya ulangtahun harijadi, sambutan tahun baru dan seumpamanya. Ini merupakan ulangtahun malapetaka besar umat Islam (selain dari kejatuhan sistem Khalifah); ia seharusnya menyentuh hati umat Islam keseluruhan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. " 49:15

Arahan Allah sudah jelas termaktub dalam kitab Al-Quran, kita harus berjuang dengan nyawa dan harta. Kita yang berada jauh dari bumi Palestin mungkin tidak berupaya berjuang dengan nyawa, tetapi kita ada harta.

Sumbanglah harta membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Boikot produk2 yang dikeluarkan oleh mereka yang menyalurkan dana kepada Israel.

Bacaan lanjut : 60 tahun penjajahan Israel
Nakbah 60 tahun

Senarai Boikot : Inminds