Tuesday, October 11, 2011

Hujan sekali lagi turun membasahi bumi



Entri ini ditulis untuk catatan peribadi masa depan.


Gambar diambil dari sini


Malam ini tiba-tiba teringat kata-kata tour guide kami semasa pergi ke Jewish Museum beberapa minggu lepas.

Kejadian ini berlaku di hujung koridor di dalam gambar di atas. Koridor ini menceritakan tentang sejarah bangsa Yahudi sejak zaman nabi Ibrahim lagi, seingat saya. Apabila ditanya kenapa bangsa Yahudi sentiasa dihalau keluar, dibunuh dan dibenci oleh kerajaan-kerajaan masa lampau, dia hanya mampu mengatakan yang memang sejak dahulu lagi bangsa mereka diperlakukan sedemikian. Disebabkan jumlah mereka yang sedikit, dan amalan-amalan mereka yang lain dari yang lain (kerana mereka mendapat wahyu melalui perantaraan nabi-nabi), maka bangsa-bangsa lain merasakan mereka ini suatu ancaman. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, mereka mula mendapat simpati penduduk dunia apabila mula diterima sebagai sebahagian dari masyarakat. (Di Melbourne, seluruh kawasan St. Kilda bolehlah dikatakan sebagai kawasan Yahudi. Malah ada sekurang-kurangnya dua sinagog dan 2 muzium khas utk memperingati sejarah bangsa Yahudi).

Lebih kurang begitulah bunyinya. In English, of course.

Dan malam ini, semasa Kuliah Selasa, kami diceritakan tentang ayat 169 surah al-A'raf.


فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ وَرِثُوا الكِتٰبَ يَأخُذونَ عَرَضَ هٰذَا الأَدنىٰ وَيَقولونَ سَيُغفَرُ لَنا وَإِن يَأتِهِم عَرَضٌ مِثلُهُ يَأخُذوهُ ۚ أَلَم يُؤخَذ عَلَيهِم ميثٰقُ الكِتٰبِ أَن لا يَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ وَدَرَسوا ما فيهِ ۗ وَالدّارُ الءاخِرَةُ خَيرٌ لِلَّذينَ يَتَّقونَ ۗ أَفَلا تَعقِلونَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Ketika membaca ayat ini, suasana analogi yang boleh diberi ialah seolah-olah hujan turun membasahi tanah pasir, apabila kita berjalan di atasnya, tanahnya semakin mampat. Kedap. Tanah yang halus tadi menjadi bumi yang kukuh. Semakin teguh perjalanan insan yang berjalan di atasnya.
 
Rupa-rupanya, memang begitulah kehendak Allah SWT. Sudah termaktub di dalam al-Quran tentang nasib bangsa ini sejak dahulu lagi. Tidak perlu membuat kaji selidik yang bersifat teori dan falsafah.

Entah berapa kali sudah membaca ayat tersebut, rentetan dari kisah pengingkaran bangsa Yahudi pada hari Sabtu. Ia membuatkan saya terfikir betapa banyaknya rahsia kehidupan yang masih tidak diketahui. Tidak terbayang umat yang bagaimanakah akan lahir sekiranya rahsia-rahsia ini difahami.




2 comments:

int_ayu said...

saya suka entri ini..thanks..semoga dpt kongsi ilmu lg..~

Unknown said...

insyaAllah