Wednesday, August 20, 2008

Islamic plagiarism (?)


Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelang. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Tidak sabar rasanya hendak melangkah masuk ke bulan 'booster' (amalan boost up, pahala boost up, dosa boost down! insyaAllah). Semoga Allah memanjangkan umur kita agar sampai ke bulan Ramadhan insyaAllah.

[tidak berniat hendak menulis panjang kerana masa tidak banyak. straight to the point]

Mungkin ramai yang mendapat email/mesej berkenaan doa Malaikat Jibril, seperti berikut:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengata Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk

ataupun sebegini

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , (bahwasanya) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah naik mimbar kemudian berkata : Amin, Amin, Amin” Ditanyakan kepadanya : “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?” Beliau bersabda.

“Artinya : Sesungguhnya Jibril ‘Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata : Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri
* Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.




Ok. Bersemangat menyambut ramadhan alhamdulillah. TAPI...........

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:

Jangan ditulis kata-kataku. Siapa yang menulis kata-kataku selain al-Quran, hendaklah dihapusnya. Sampaikanlah ucapan-ucapanku, tidak mengapa. Tetapi siapa yang sengaja berdusta atas kata-kataku, dia telah memilih tempatnya di neraka"

Shahih Muslim 2518


*kata al qadhi, antara para sahabat salaf dan tabi'in terdapat perbezaan pendapat tentang penulisan hadis; sebahagian tidak membolehkan dan sebahagian lagi membolehkannya. Tetapi ijma' kaum muslimin membolehkannya (syarah Nawawi 5:847)




Apa yang hendak ditekan di sini ialah pendustaan ke atas hadis. Janganlah sebab kita rasa suatu hadis itu baik dan perlu disampaikan kepada rakan-rakan kita, kita terus meng"forward"kan hadis tersebut tanpa menyemak sumbernya ataupun kesahihannya.

In the academic world u call it plagiarism; which is a an act that bring u a BIG penalty. U can even be thrown out of the university.

Hatta para sahabat sekalipun amat berhati-hati dalam meriwayatkan hadis. Lihat sahaja Saidina Abu Bakar, sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah. Teramat sedikit hadis yang diriwayatkan oleh beliau. Hanya beberapa sahabat terpilih sahaja yang dibenarkan; antara yang terkenal ialah Abu Hurairah ra.

Memanglah apa yang hendak disampaikan semuanya baik; minta maaf kepada ibu bapa, kepada sahabat, etc. InsyaAllah itu semua boleh dijadikan akhlak. (Dan ianya tidak perlu bermusim; bulan ramadan datang, kita buat. Bulan lain xboleh buat?) Tetapi tidak betul sekiranya mengatakan ianya hadis yang diriwayatkan sahabat dari Rasulullah.

Teringat satu frasa yang melekat di kepala sampai sekarang, matlamat tidak menghalalkan cara. Oleh itu, semaklah dahulu kesahihan hadis yang hendak disampaikan. Kalau palsu, takziah. Anda sudah menempah tiket ke neraka.

Ok lah. Kerja harus diteruskan. Sebelum mengakhiri, marilah kita mengikhlaskan niat kita kerana Allah, tidak kira apa sahaja yang kita lakukan. Lagi-lagi dalam bulan Ramadhan. Bulan yang amat kita rindui. :D

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw bersabda:

"Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim."

Shahih Muslim 1120



Mari ikhlaskan niat.

Wassalam.

ps: entri ini bukan bertujuan utk meletakkan martabat pada mana-mana hadis kerana ianya di luar bidang ilmu saya. Hanya hendak menimbulkan isu mengeluarkan hadis sesuka hati tanpa menyelidik kesahihan dan sumbernya. Bacaan lanjut dibaca di sini.