Friday, July 17, 2009

Winter 2009 3

Seminar Mahasiswa Malaysia dan Perasmian ISMA Australia berakhir dgn jayanya semalam. Rasanya belum lagi hilang kepenatan, tetapi hari ini ramai sahabat-sahabat yang sudah pun keluar rumah, meneruskan kerja untuk program seterusnya. Roadshow Palestine Melbourne. Sebelum rakan serumah saya melangkah keluar dari rumah, dia sempat bertanya, "Manusiakah mereka ini?" Dia bertanyakan orang lain, sedangkan dia pun sama sahaja. Heheh.

Tiada komen. Tak normal kah? Ya, mungkin tidak normal untuk sesetengah orang. Tapi, rasanya hal ini sudah biasa saya lihat sepanjang mengambil jurusan senibina. Kerja tanpa henti. Rehat hanya di penghujung semester. Maka, ianya agak normal. Dan mereka juga manusia.

Para sahabat dan sahabiah jauh lagi hebat. Maka, bak kata lagu tema Sang Murabbi, bagi yang mengajamkan dirinya pada jalan ini, seharusnya cuba mengejar disiplin dan komitmen para sahabat.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain..."
94:7

...ESOK, 18HB JULAI 2009...
ROADSHOW PALESTINE MELBOURNE!!!
SHOW YOUR LOVE TO OUR PALESTINIAN BROTHERS AND SISTERS!



1 comment:

zahidzuhri said...

wah...bersusn-susun jak program. Apa cerita SMM? Pergi?? hehe