Friday, April 25, 2008

Tepuk dada, tanya iman sejenak




Manusia...

Kalau ada sesuatu yang kita minat, memang bersungguh-sungguhlah kita melakukannya.

Ada yang minat belajar, belajar lah dia sepanjang masa. Kadang-kadang digelar nerd.
Ada yang minat main game, 24 jam pun sanggup bersengkang mata main game, berpegang teguh dengan controllernya.
Ada yang minat membeli belah, kalau boleh setiap minggu mahu ke mall, menginfakkan harta demi kebajikan dan keperluan diri.
Ada yang minat tengok cerita korea, maka sangguplah dia duduk bertafakur depan skrin tv, menghayati rentetan perjalanan menyentuh hati. Sampai boleh berkata-kata seperti orang Korea itu sendiri.
Ada yang minat surfing, setiap masa jari jemarinya menjadi nakhoda tetikus, melayari laman-laman web di dunia virtual.
Ada minat bola. Makan bola, tidur bola, apa-apa pun bola. Sedar-x sedar bola dah di-tuhan-kan secara tersirat.
Kalau dah minat, apa pun boleh buat. Sanggup buat. Masa xmenjadi masalah.

Sungguh menarik peribadi makhluk bernama manusia.

Pernahkah anda berfikir sejenak, berapa byk masa yg telah anda peruntukkan utk Allah SWT?

Solat 5 kali sehari (sekali solat 3-5 min..sehari hanya 25 minit), puasa wajib Ramadhan (hny 30 hari dari 365 hari setahun), sedekah sikit-sikit, etc.
Cukupkah?
Kalau dibuat carta pai, barangkali pengabdian kita kepada Allah hnya setakat satu garis radius shj, tidak sampai pun 1 darjah.

Itu tidak mengambil kira lagi situasi di mana orang melambat-lambatkan solat, puasa dengan mengeluh kelaparan dan kehausan, malah ada yang terus meninggalkan.
Cukupkah ini?

Apakah kita tidak meminati agama suci ini?

Bagaimana agaknya pengakhiran kita nanti?

Adakah hidup selama-lamanya gembira di syurga, atau terseksa dengan penghinaan yang sehina-hinanya di neraka?

Ps: Lebih kepada peringatan utk diri sendiri sbb kebelakangan ini agak terleka. Semoga kita semua berjaya di dunia dan juga di akhirat.

2 comments:

alonq_exe said...

Assalamualaikum.

*pandang mouse*
Nakhoda tetikus. Mana dapat perkataan tu? HUhu... terima kasih untuk peringatan.
putih bersih blog ko ek.

Unknown said...

tetibe je terlintas frasa tu..rs menarik semacam je..tulis je la..heheh

sbenanya xtau sgt nak tukar layout lawa2..so biar je la putih..sedap sikit mata nak baca..=)