Monday, April 16, 2012

Sibuk sibuk sibuk, lepas pandang prioriti kehidupan

Setiap hari kita sibuk dengan urusan yang penting dan mendesak.

Kerja datang bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk bernafas.
Masalah asyik timbul dan bertimbun.
Kadang-kadang kita berjaya selesaikan, kadang-kadang tidak. Lalu urusan ditangguh.
Facebook, emel, berita di akhbar tak boleh tinggal. Paling kurang, berjam-jam juga mengadap komputer.

Dalam arus globalisasi, semua benda bergerak dengan sangat pantas.
Semua urusan pun seolah-olah mengikut trend yang sama. Semua mesti cepat.

Begitulah kehidupan tipikal manusia zaman sekarang.

Sehinggakan kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara yang penting tetapi seolah-olah tidak terlalu mendesak sehingga kita mengabaikannya.

Bersenam.
Membaca buku ilmiah.
Menghubungkan silaturrahim.
Muhasabah.
Merancang kehidupan dan urusan seharian.
Memilih prioriti.
Qiyamullail.
Berdoa.

Semua ini penting, tetapi tidak terdesak utk dilakukan.

Hanya apabila ada masa lapang, kita cuba buat perkara-perkara tadi. Padahal semua ini akan sangat banyak membantu menyelesaikan benda yang penting dan mendesak.

Ambil masa.

Lihat kehidupan sendiri dalam perspektif orang ketiga.

1 comment:

Anonymous said...

You are right. People should realise these kind of things more. Dunia hanyalah tmpt persinggahan sahaja.