Monday, August 10, 2009

Hati saya teruja. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. =)

Ini kisah lama:
Saya jenis yang tidak suka menghafal. Namun kerana sistem pendidikan yang berorientasikan keberjayaan di dalam peperiksaan, saya terpaksalah menghafal fakta-fakta. Terpaksa. Semasa darjah 5 atau 6, saya pernah mengadu kepada ibu saya, yang saya tidak suka akan subjek Kajian Tempatan.

Ibu saya membalas, dengan nada yang lembut dan menenangkan, "You just have to love the subject."

Nasihat yang cantik.

Itulah yang saya pegang selama berada di sekolah menengah dan di INTEC Shah Alam. Kebanyakan subjek yang saya ambil merupakan subjek yang saya tidak minat. Tetapi saya cuba untuk minat, dan terbukti berjaya. Dalam diam, saya berasa seronok utk membuat ulangkaji, mempelajari benda baru, berfikir dgn kritikal tentang sesuatu perkara, dan sbgnya.

Pendek kata: enjoy belajar.

Ini kisah baru:
Semester ini saya perlu mengambil subjek "History: 20th Century Architecture". Subjek yang menarik sebenarnya. Tutor saya Kim Halik; peribadinya macam seorang ahli falsafah. Antara semua subjek yang telah saya ambil sepanjang pengajian di sini, kelas beliaulah yang paling unik.

Apabila berada di dalam kelas, dia akan berbicara mengenai falsafah. Beliau sering menasihati kami agar tidak perlu merujuk apa-apa buku utk menyelesaikan tugasan yang diberi pensyarah. Sebaliknya, duduk dan dengar apa sahaja yang dibentangkan di dalam kuliah. Tulislah apa sahaja yang kita sendiri fikir tentang isi pembentangan dalam sesi kuliah. Tidak perlu merujuk buku. Fikir dan tulis. Dia lebih berminat utk mengetahui apa yang kami fikir daripada tulisan akademik yang mempunyai 3 atau 4 senarai buku rujukan yang telah digunakan.

Minggu lepas, beliau mengetengahkan satu perkara yang menarik.

Mengapa setiap raut wajah di dalam kelas tersebut mempunyai riak risau. Risau memanjang. Bagaimana hendak belajar kalau risau dan tertekan? Umur 21, tapi kedut-kedut tua dah muncul di dahi.

School diambil dari perkataan "schola". Dalam bahasa latin, ia bermaksud "free time". Apabila ada masa lapang, kita akan berfikir. Maka sekolah itu pada asalnya didirikan supaya segolongan masyarakat boleh mencuri sedikit masa untuk keluar dari hiruk pikuk kehidupan dan berfikir ttg sesuatu perkara. Ringkasnya:

School = schola = free time = think!

Maka, kalau kita tiada masa untuk berfikir, kita tidak berada di dalam sekolah. Kita berada di kilang! Buat buat buat, sehingga terhasillah sesuatu produk.

Definisi ini merupakan sesuatu yang amat berlainan dgn definisi sekolah sekarang. Sekarang, sekolah merupakan tempat mengejar markah 3 angka = 100%. Tempat mengejar H1 atau HD. CGPA 4.0 Prestasi akademik itu yang ditekankan dan mereka yang berada di atas digelar hebat. Itulah sekolah sekarang; sekolah moden.

Tetapi perkataan schola barangkali sudah berusia, paling tidak, 2000 tahun. Sekolah moden yang kita kenali pula hanya muncul sekitar 100 tahun yang lepas. Maka, siapa yang lebih mengenali definisi sekolah? Mungkin, kita telah tersasar dalam objektif dan pelaksanaan pembelajaran. Dalam Marxism yang dibawa oleh Karl Max, beliau menyamakan sistem pendidikan dengan sistem kapitalis yang menguasai dunia. Semuanya mengejar materi semata; harta, pangkat, kedudukan, status. Ya, sistem pembelajaran sekarang bukan lagi seperti sistem pembelajaran yang diunjurkan pada asalnya.

Maka, Kim Halik menyarankan kami utk berfikir ttg perkara ini. Dalam hal ini, kita perlu menyediakan masa lapang kita sendiri. Mencuri sedikit masa utk merasai keseronokan bahan-bahan yang diajar dalam silibus. Perlu ada rasa seronok.

Sama seperti nasihat yang diberi ibu saya semasa saya berada di Darjah 5/6.

Sudah lama saya praktikkan sebenarnya, cuma tidak disampaikan kepada orang lain. Kalau ada sekalipun, hanya kata-kata ringkas berbunyi, "Cuba enjoy belajar".

Bagi saya, saya berasa amat teruja dengan setiap ilmu baru yang dipelajari di bumi Melbourne ini. Baik dalam tarbiyah diri, mahupun silibus pembelajaran senibina di RMIT. Sekiranya dicerna dengan baik, saya percaya ia akan membentuk peribadi yang baik kelak.

Apa konklusi entri ini sebenarnya? Mungkin tiada perkaitan dgn subjek-subjek di universiti ataupun mana-mana institusi yang anda ambil sekarang, tetapi saya hendak membawa konteks keseronokan belajar itu ke dalam konteks ibadah kita menjelang bulan Ramadhan al Mubarak esok.

Utk bulan Ramadhan yang akan datang ini, hadirkan keseronokan utk beramal. Sebolehnya kita berlumba mengejar kebaikan. Mari kita pergunakan sebaiknya. Hayati keindahannya, keberkatannya, ketenangan malam-malamnya. Perbanyakkan ibadah kita. Banyakkan membaca Quran. Hafal ayat-ayat Quran. Pasang audio alunan bacaan Al Quran oleh Misyari Rasyid al Afasy, kalau itu yang kita minat. Hidupkan malam-malam dgn solat terawikh. Kita berbuka bersama. Bergembira bersama. Biar kita berpesta beramal sebulan penuh. Moga akhirnya, kita menjadi golongan yang bertaqwa.

Hati saya teruja. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. =)

ps: saya akan cuba utk banyakkan senyum. =) =) =)

5 comments:

Unknown said...

salam..
kim mmg unik.. dia ada run studio tak? agaknya kalau studio dia mcmana eh?

salam ramadhan... moga menjadi remadhan yg terhebat!

Unknown said...

wassalam
xsure la pulak
slalunya arkitek yang historian ni xbuat studio
brent alpress, mauro, conrad. Stuart harrison dan christine phillips lain sket.

salam ramadhan.

al asad said...

Patutla Afiq senyum memanjang, dah start risau apa nak jadi dgn roomie sorg ni. Btw, moga bulan Ramadhan ni dpt kita manfaatkan bersama2.

Anonymous said...

biasiswa nasional yang berdasarkan merit.. any komen?

Unknown said...

al asad: alamak din, fail utk senyum utk beberapa hari ni..huhu..pressure2

fira: ad sstgh benda mmg perlu kelayakan ttentu utk kita mendapatnya...mereka yang jadi tentera alfatih cuma mereka yang ada ciri-ciri tertentu je, bukan sebarangan orang...cuma mungkin cara penilaiannya boleh diperbaiki...cthnya student yg nak amik archi xsemestinya kena amik subjek art baru boleh dapat scholar, ataupun yg minat accout xperlu nak dapat a1 dalam fizik kalau nak dapat scholar...kena tgk ksungguhan jugak...ak respek pemilihan pelajar ke uni madinah..pelajar yang xpandai ckp arab tapi bsungguh nak masuk, diberi tawaran utk masuk. Ayat arab yg dia hafal hanya kata-kata "aku nak belajar di madinah jugak!".