- Muwasofat Tarbiyah
Apabila diamati, pembangunan salah satu muwasofat tarbiyah akan membangunkan aspek muwasofat yang lain. Ia bukannya berdiri sendiri. Contohnya meningkatkan aspek qawiyyul jismi dalam diri seseorang akan secara tidak langsung membantu kita meningkatkan kapasiti diri untuk menajamkan fikiran dan meluaskan fikiran. Mutsaqafal fikri. - Nafsi-nafsi
Sikap 'Ini bukan tugas aku, maka aku tak patut buat' perlu dibuang dan dibenci terutamanya dalam kerja dakwah. Kalau masih bersikap nafsi-nafsi, memang kerja takkan siap kerana di sana tiada semangat untuk saling tolong menolong, lengkap melengkapi antara batu bata Islam. Para daie perlu sentiasa proaktif menyumbang. - Mahasiswa
Sekarang heboh kisah tentang mahasiswa menuntut pemansuhan PTPTN. Mahukan pendidikan percuma. Saya perlu baca lebih banyak tentang kisah di sebalik PTPTN sebab saya tidak faham mengapa membuat tuntutan sedemikian. Adakah kerana negara kini aman makmur dan maju lalu pendidikan percuma sepatutnya tiada masalah, atau sebenarnya mereka ada masalah untuk mendapat keputusan kelas pertama dalam akademik dan takut hidup berhutang dengan PTPTN selepas belajar? - Budaya Demo
Demo demi demo dianjurkan di Malaysia. Adakah ia akan jadi budaya dalam menyelesaikan masalah di masa akan datang? Ada masalah, pergi ke jalanan. Hmm. Mesti ada cara yang lebih cool dan profesional. - 'Robot' Dakwah
Program-program besar tersusun dalam takwim untuk dilaksanakan. Kadang-kadang ia menjadikan ahli organisasi bagai robot yang tugasnya hanya melaksanakan program agar berjalan seperti yang dirancang. Maka perlu ada sistem tarbiyah yang sangat kuat dan tersusun untuk memastikan ahli-ahli sentiasa faham kenapa begitu, kenapa begini. Pemikiran mentajmik, contohnya, tidak boleh hilang dari ruh perjuangan. - Masa vs tenaga
Kadang-kadang, dalam menghadapi urusan kerja yang bertimbun dan bersusun menunggu untuk diselesaikan, isunya bukan pada menyusun urusan dan menjaga masa dengan sebaiknya. Tetapi bagaimana kita menjaga badan kita agar tenaga mencukupi dan akal sentiasa segar tahap optimum ketika melaksanakan tugas tersebut. Ini berbalik kepada poin 1.
Wednesday, April 25, 2012
Muwasofat, nafsi2, mahasiswa, budaya demo, robot dakwah, masa vs tenaga
Labels:
selfportrait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment