Pernah seseorang bertanya kepada Abu Bakar bin Yasdainar Rahimahullah “Apakah itu firasat iman?” Dia menjawab:
Pengertian amar makruf nahi mungkar mesti difahami mengikut keperluan ‘waqi’. Tidak dijalankan amar makruf dan nahi mungkar pada perkara-perkara cabang sebelum selesai makruf dan mungkar yang akbar ini, sebagaimana ianya berlaku ketika permulaan mujtama’ Islam dulu.” 1
Tapi ini tidak bererti da’i dilarang dari belajar dan mengajar orang-orang yang bersama-samanya tentang adab-adab Islam dan hukum-hukum ibadat. Juga tidak bererti mereka dilarang dari nahi mungkar perkara-perkara cabang yang mungkin dapat dihilangkan dengan nahi ini. Tetapi prinsip ini adalah agar tidak tertipu dan dilalaikan dengan rasa memadai mencegah manusia daripada kemungkaran kecil tanpa melarang mereka dari mungkar akbar berhukum dengan prinsip bukan Islam. Ini juga untuk mengelakkan da’i merasai cukup dengan hanya memberi nasihat hal ehwal bersuci dan sujud sahwi tanpa berdepan menegakkan kebenaran, menuding jari kepada taghut, men’tajmik’ muslimin, mentarbiyyah mereka, menyelaraskan usaha dan menghalakan mereka ke arah kebangkitan menyeluruh.
Tugas ini mesti dipikul dan tidak ada peluang lagi untuk lari darinya. Jika tidak, dosanya adalah terlalu berat. Beban dosa sesat seluruh manusia dan sensaranya mereka di dunia. Di akhirat pula, mereka menanggung beban dosa tidak tertegaknya hujah Allah keatas manusia. Mereka akan menanggung semua dosa ini dan tidak akan terselamat dari neraka.
Adakah sesiapa yang rasa ringan bebanan ini semua? Itulah bebanan yang mematahkan tulang belakang, menggentarkan jiwa dan menggoncangkan seluruh sendi.” 2
Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri, pada malu dan kebekuan
Pada hidup bersama famili, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir
Pada berjalan di belakang kenderaan, mewah dan dengan langkah yang longlai
Pada ikut sahaja apa yang orang katakan, tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin, bukan memimpin
Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah: Hidup kamu…. Selama-lamanya.
Aku pula berkata:
Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukannya beku
Hidup adalah jihad, Akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur.
Ia adalah membela hak, merdekakah orang yang tidak membela haknya?
Hidup ialah adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi, tugas kamu memimpin
Kami boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila kamu mahu
dengan pandangan yang tajam.” 3
..............................................................................
1. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 11, m.s. 50
2. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 6, m.s. 31
3. Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. Rangkap-rangkap ini adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278
“Pandangan orang yang soleh dengan kesolehan yang mengandungi cahaya ketakwaan, keimanan, hakikat dan kebenaran, dengan zuhud di dunia dan kecintaan terhadap hari akhirat. Pandangan ini menjadikan dia berani mengingkari kemungkaran ahli mungkar.”
Pengertian amar makruf nahi mungkar mesti difahami mengikut keperluan ‘waqi’. Tidak dijalankan amar makruf dan nahi mungkar pada perkara-perkara cabang sebelum selesai makruf dan mungkar yang akbar ini, sebagaimana ianya berlaku ketika permulaan mujtama’ Islam dulu.” 1
Tapi ini tidak bererti da’i dilarang dari belajar dan mengajar orang-orang yang bersama-samanya tentang adab-adab Islam dan hukum-hukum ibadat. Juga tidak bererti mereka dilarang dari nahi mungkar perkara-perkara cabang yang mungkin dapat dihilangkan dengan nahi ini. Tetapi prinsip ini adalah agar tidak tertipu dan dilalaikan dengan rasa memadai mencegah manusia daripada kemungkaran kecil tanpa melarang mereka dari mungkar akbar berhukum dengan prinsip bukan Islam. Ini juga untuk mengelakkan da’i merasai cukup dengan hanya memberi nasihat hal ehwal bersuci dan sujud sahwi tanpa berdepan menegakkan kebenaran, menuding jari kepada taghut, men’tajmik’ muslimin, mentarbiyyah mereka, menyelaraskan usaha dan menghalakan mereka ke arah kebangkitan menyeluruh.
Tugas ini mesti dipikul dan tidak ada peluang lagi untuk lari darinya. Jika tidak, dosanya adalah terlalu berat. Beban dosa sesat seluruh manusia dan sensaranya mereka di dunia. Di akhirat pula, mereka menanggung beban dosa tidak tertegaknya hujah Allah keatas manusia. Mereka akan menanggung semua dosa ini dan tidak akan terselamat dari neraka.
Adakah sesiapa yang rasa ringan bebanan ini semua? Itulah bebanan yang mematahkan tulang belakang, menggentarkan jiwa dan menggoncangkan seluruh sendi.” 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang yakin kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan diri mereka di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat 49:15)Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri, pada malu dan kebekuan
Pada hidup bersama famili, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir
Pada berjalan di belakang kenderaan, mewah dan dengan langkah yang longlai
Pada ikut sahaja apa yang orang katakan, tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin, bukan memimpin
Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah: Hidup kamu…. Selama-lamanya.
Aku pula berkata:
Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukannya beku
Hidup adalah jihad, Akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur.
Ia adalah membela hak, merdekakah orang yang tidak membela haknya?
Hidup ialah adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi, tugas kamu memimpin
Kami boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila kamu mahu
dengan pandangan yang tajam.” 3
..............................................................................
1. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 11, m.s. 50
2. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 6, m.s. 31
3. Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. Rangkap-rangkap ini adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278
No comments:
Post a Comment