1. Dulu murobbiku pernah berkata, "Enta tanyalah semua ikhwah, takda sorang pun yang main game. Kalau ada, bagitahu ana. Ana pergi pukul dia." Kini aku tertanya, adakah aku juga boleh berkata sedemikian.
2. Selalunya apabila ada ikhwah memberi alasan tak boleh buat kerja, seringkali respon pertama kita ialah, "Aku dah lalui dah semua tu. Aku pun sibuk juga. Aku dah bekerja, lagi banyak kerja aku. (tapi tugas dakwah tak tinggal). Bermulalah penceritaan biografi diri sendiri kepada orang lain. Aku dulu begini, aku dulu begitu, dengan harapan engkau juga akan jadi begini dan begitu. Jarang sekali kita cuba mendengar dan mengorek dengan lebih mendalam tentang masalah ikhwah tersebut, dan cuba mencari penyelesaian secara bersama.
3. Alam maya seolah-olah telah menghilangkan hijab ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Jumpa depan-depan dalam meeting habis segan hendak berhaha atau hihi, tapi 'jumpa' dalam perbincangan online berhaha dan berhehe. Pelik dan lawak pula apabila merenunginya.
4. Agak tidak faham bagaimana kita boleh menghantar pelajar untuk belajar bidang profesional selama bertahun-tahun dan menghabiskan jutaan ringgit, kemudian dimasukkan dalam sektor perkhidmatan awam untuk berkhidmat sebagai PTD. (Ini bukan ayat menentang! Cuma tidak faham rasionalnya). Kita bercakap soal brain drain di kalangan pelajar luar negara yang tidak mahu balik berkhidmat di Malaysia. Tapi sekembalinya di Malaysia selepas mendapat ijazah kepujian dalam bidang professional seperti accounting, engineering dan architecture, diberi tugas perkhidmatan awam. Bukankah itu satu bentuk brain drain?
5. Bagi yang mengikuti tarbiyah, dan masih belajar, cari kaedah utk menguruskan masa dengan betul. Kalau di zaman pelajar pun sudah tidak mampu memberikan komitmen untuk terlibat dalam dakwah dan tarbiyah, jangan harap lepas kerja boleh menguruskan masa dengan baik. Buang tabiat-tabiat yang tak perlu dan tak membantu dakwah.
6. Teringat quote ini. If you live, live as if you have a heart problem. Ya. Anggap diri sendiri sakit, maka automatic akan jaga pemakanan sendiri. - Qawiyyul Jismi.

No comments:
Post a Comment