Saturday, April 28, 2012

When an architect draws a house, he thinks about ...

When an architect draws a house, he thinks about:
  1. How many cars do we want to have in the car porch.
  2. Where do we put the bins?
  3. Where do we put the postbox?
  4. What kind of spaces that is suitable in front of the cars. Living room with windows is certainly not ideal.
  5. How do we enter a house? When we open the front door, do we face directly to an open living room or an entrance lobby to address us?
  6. Where is the best position to put the powder room (toilet for guests)? It obviously can't be facing the living room. And when we open the door to it, what do we see? Is it a nice basin with a mirror or a toilet bowl? Do we have windows to bring light in so that it won't be dark when we are in the toilet?
  7. How do we separate the public living room with the more private spaces like kitchen, dining, maid's room (if we have one), and utilities (laundry)? Is it just walls or a space that blurs the distinction between the two?
  8. How to organise the dry kitchen? How many spaces do we need to put the fridge, oven, microwave, pantry, stove, sink, table top, cabinet, etc? Do we have enough space so that at least two people can work together in the kitchen? If so, the minimum width for clear floor spaces should be 1200mm. 
  9. How do we enter the wet kitchen from the dry kitchen? 
  10. How many people do we want to sit in the dining table? The total width of the table, plus chairs, plus some space to allow people to push out chairs to get up must be at least 3000mm.
  11. How is the living room? Where is the TV? Is there any window? If yes, what do we see outside the window?
  12. Where is the bedroom and toilets/bath? In Malay culture, we don't orient the toilet bowl towards the qiblat. In Chinese culture, toilets should not be on top of an entrance downstairs. Sometimes culture plays some role in decision making.
  13. Stairs, where do we position them? When we go up, how do enter a bedroom? Through a corridor or a space (like another living room for family, or a library, or an AV room? To end up with a corridor will waste our money because it is only used to walk. To end up with a space is worthy because the space can be used for something else besides circulation.
  14. Floor, what kind of material do we want. Door, do we want full height? Windows, are they better of full height and opens up towards a balcony.
  15. Sofa set, it comes in 1, 2 and 3 units. How do we lay them out in a living room. The distance between the edge of a sofa and the table should at least be 750mm to allow people to walk through. 
  16. What is the thickness of a wall? A brick wall is 115 mm. When we draw, we need to also consider the thickness of the plaster covering the brick wall. Overall would be around 150mm. 
  17. The bed. King size is 2x1.8m. Queen size is 2x1.5m. The width for a person to walk around the bed is 750mm. TV should not be too far away from the bed because it won't be comfortable for us to lie down and watch tv from a distance too far away. Unless we have a cinema.
  18. The door to a bath in a bedroom should be facing the bed. Think about in the middle of the night, mum is just about to sleep, dad goes to toilet and turns on the light, mum will not be comfortable.  
This, plus many other considerations took me LOTS of time. Ended up doing 3 hours of overtime this Saturday morning. Plus lots more hours doing work at home. And presentation is on Monday morning!

If someone thinks that the only job of an architect is just to draw, they are right. We just have to draw. But in the drawing process, there are so many thinks to think about. And these are just the thoughts for one single house.There are still shopping malls, offices, markets, library, schools, commercial complex, stadium, and so much more.

And being someone who is also active in da'wah, the time management becomes super crucial. Because of that, du'as like this becomes a daily recitation:

يا حي يا قيوم برحمتك استغث اصلح لي شأني كله ولا تكلني الى نفسي طرفة عين

(Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghith Aslihli Sya’nii Kullahu wa la takkilni ila nafsi tor fataain)

Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri
Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan
Perbaikilah untukku urusan semuanya
Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri
Walau sekelip mata


Wednesday, April 25, 2012

Muwasofat, nafsi2, mahasiswa, budaya demo, robot dakwah, masa vs tenaga

  1. Muwasofat Tarbiyah
    Apabila diamati, pembangunan salah satu muwasofat tarbiyah akan membangunkan aspek muwasofat yang lain. Ia bukannya berdiri sendiri. Contohnya meningkatkan aspek qawiyyul jismi dalam diri seseorang akan secara tidak langsung membantu kita meningkatkan kapasiti diri untuk menajamkan fikiran dan meluaskan fikiran. Mutsaqafal fikri.
  2. Nafsi-nafsi
    Sikap 'Ini bukan tugas aku, maka aku tak patut buat' perlu dibuang dan dibenci terutamanya dalam kerja dakwah. Kalau masih bersikap nafsi-nafsi, memang kerja takkan siap kerana di sana tiada semangat untuk saling tolong menolong, lengkap melengkapi antara batu bata Islam. Para daie perlu sentiasa proaktif menyumbang.
  3. Mahasiswa
    Sekarang heboh kisah tentang mahasiswa menuntut pemansuhan PTPTN. Mahukan pendidikan percuma. Saya perlu baca lebih banyak tentang kisah di sebalik PTPTN sebab saya tidak faham mengapa membuat tuntutan sedemikian. Adakah kerana negara kini aman makmur dan maju lalu pendidikan percuma sepatutnya tiada masalah, atau sebenarnya mereka ada masalah untuk mendapat keputusan kelas pertama dalam akademik dan takut hidup berhutang dengan PTPTN selepas belajar? 
  4. Budaya Demo
    Demo demi demo dianjurkan di Malaysia. Adakah ia akan jadi budaya dalam menyelesaikan masalah di masa akan datang? Ada masalah, pergi ke jalanan. Hmm. Mesti ada cara yang lebih cool dan profesional.
  5. 'Robot' Dakwah
    Program-program besar tersusun dalam takwim untuk dilaksanakan. Kadang-kadang ia menjadikan ahli organisasi bagai robot yang tugasnya hanya melaksanakan program agar berjalan seperti yang dirancang. Maka perlu ada sistem tarbiyah yang sangat kuat dan tersusun untuk memastikan ahli-ahli sentiasa faham kenapa begitu, kenapa begini. Pemikiran mentajmik, contohnya, tidak boleh hilang dari ruh perjuangan.
  6. Masa vs tenaga
    Kadang-kadang, dalam menghadapi urusan kerja yang bertimbun dan bersusun menunggu untuk diselesaikan, isunya bukan pada menyusun urusan dan menjaga masa dengan sebaiknya. Tetapi bagaimana kita menjaga badan kita agar tenaga mencukupi dan akal sentiasa segar tahap optimum ketika melaksanakan tugas tersebut. Ini berbalik kepada poin 1.

Saturday, April 21, 2012

Game, Alasan, Maya, PTD, masa dan Jismi

1. Dulu murobbiku pernah berkata, "Enta tanyalah semua ikhwah, takda sorang pun yang main game. Kalau ada, bagitahu ana. Ana pergi pukul dia." Kini aku tertanya, adakah aku juga boleh berkata sedemikian.

2. Selalunya apabila ada ikhwah memberi alasan tak boleh buat kerja, seringkali respon pertama kita ialah, "Aku dah lalui dah semua tu. Aku pun sibuk juga. Aku dah bekerja, lagi banyak kerja aku. (tapi tugas dakwah tak tinggal). Bermulalah penceritaan biografi diri sendiri kepada orang lain. Aku dulu begini, aku dulu begitu, dengan harapan engkau juga akan jadi begini dan begitu. Jarang sekali kita cuba mendengar dan mengorek dengan lebih mendalam tentang masalah ikhwah tersebut, dan cuba mencari penyelesaian secara bersama.

3. Alam maya seolah-olah telah menghilangkan hijab ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Jumpa depan-depan dalam meeting habis segan hendak berhaha atau hihi, tapi 'jumpa' dalam perbincangan online berhaha dan berhehe. Pelik dan lawak pula apabila merenunginya.

4. Agak tidak faham bagaimana kita boleh menghantar pelajar untuk belajar bidang profesional selama bertahun-tahun dan menghabiskan jutaan ringgit, kemudian dimasukkan dalam sektor perkhidmatan awam untuk berkhidmat sebagai PTD. (Ini bukan ayat menentang! Cuma tidak faham rasionalnya). Kita bercakap soal brain drain di kalangan pelajar luar negara yang tidak mahu balik berkhidmat di Malaysia. Tapi sekembalinya di Malaysia selepas mendapat ijazah kepujian dalam bidang professional seperti accounting, engineering dan architecture, diberi tugas perkhidmatan awam. Bukankah itu satu bentuk brain drain? 

5. Bagi yang mengikuti tarbiyah, dan masih belajar, cari kaedah utk menguruskan masa dengan betul. Kalau di zaman pelajar pun sudah tidak mampu memberikan komitmen untuk terlibat dalam dakwah dan tarbiyah, jangan harap lepas kerja boleh menguruskan masa dengan baik. Buang tabiat-tabiat yang tak perlu dan tak membantu dakwah.

6. Teringat quote ini. If you live, live as if you have a heart problem. Ya. Anggap diri sendiri sakit, maka automatic akan jaga pemakanan sendiri. - Qawiyyul Jismi.

Friday, April 20, 2012

Sad reality.

My new working life reveals to me some values that are embedded inside the paradigm of our society.

At least in Sarawak

1. Maids are treated badly. Even if we have so much space within the building plot, the maids room would be the smallest space of all, besides the bath room & powder room. They'd be tucked at the back of the house, close to all the services area; kitchen, store, utilities & laundry.

2. I hope this is untrue to most of us. Some developers are beginning to embrace the idea of having a retirement village; a housing area for elders. This new mindset provokes us with an alarming 'value' inside the community.

Children are starting to neglect parents! Gone are the respect, love & care from a child to parents.




Thursday, April 19, 2012

Formula amar makruf nahi mungkar

Pernah seseorang bertanya kepada Abu Bakar bin Yasdainar Rahimahullah “Apakah itu firasat iman?” Dia menjawab:

“Pandangan orang yang soleh dengan kesolehan yang mengandungi cahaya ketakwaan, keimanan, hakikat dan kebenaran, dengan zuhud di dunia dan kecintaan terhadap hari akhirat. Pandangan ini menjadikan dia berani mengingkari kemungkaran ahli mungkar.”


Pengertian amar makruf nahi mungkar mesti difahami mengikut keperluan ‘waqi’. Tidak dijalankan amar makruf dan nahi mungkar pada perkara-perkara cabang sebelum selesai makruf dan mungkar yang akbar ini, sebagaimana ianya berlaku ketika permulaan mujtama’ Islam dulu.” 1

Tapi ini tidak bererti da’i dilarang dari belajar dan mengajar orang-orang yang bersama­-samanya tentang adab-adab Islam dan hukum-hukum ibadat. Juga tidak bererti mereka dilarang dari nahi mungkar perkara-perkara cabang yang mungkin dapat dihilangkan dengan nahi ini. Tetapi prinsip ini adalah agar tidak tertipu dan dilalaikan dengan rasa memadai mencegah manusia daripada kemungkaran kecil tanpa melarang mereka dari mungkar akbar berhukum dengan prinsip bukan Islam. Ini juga untuk mengelakkan da’i merasai cukup dengan hanya memberi nasihat hal ehwal bersuci dan sujud sahwi tanpa berdepan menegakkan kebenaran, menuding jari kepada taghut, men’tajmik’ muslimin, mentarbiyyah mereka, menyelaraskan usaha dan menghalakan mereka ke arah kebangkitan menyeluruh.

Tugas ini mesti dipikul dan tidak ada peluang lagi untuk lari darinya. Jika tidak, dosanya adalah terlalu berat. Beban dosa sesat seluruh manusia dan sensaranya mereka di dunia. Di akhirat pula, mereka menanggung beban dosa tidak tertegaknya hujah Allah keatas manusia. Mereka akan menanggung semua dosa ini dan tidak akan terselamat dari neraka.

Adakah sesiapa yang rasa ringan bebanan ini semua? Itulah bebanan yang mematahkan tulang belakang, menggentarkan jiwa dan menggoncangkan seluruh sendi.” 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah  orang-orang yang yakin kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan diri mereka di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat  49:15)

Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri, pada malu dan kebekuan
Pada hidup bersama famili, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir
Pada  berjalan di belakang kenderaan, mewah dan dengan langkah yang longlai
Pada ikut sahaja apa yang orang katakan, tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin, bukan memimpin
Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah: Hidup kamu…. Selama-lamanya.

Aku pula berkata:
Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukannya beku
Hidup adalah jihad, Akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur.
Ia adalah membela hak, merdekakah orang yang tidak membela haknya?
Hidup ialah adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi, tugas kamu memimpin
Kami boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila kamu mahu
dengan pandangan yang tajam.” 3

 ..............................................................................
1. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 11, m.s. 50
2. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 6, m.s. 31
3. Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. Rangkap-rangkap ini adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278

Monday, April 16, 2012

Sibuk sibuk sibuk, lepas pandang prioriti kehidupan

Setiap hari kita sibuk dengan urusan yang penting dan mendesak.

Kerja datang bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk bernafas.
Masalah asyik timbul dan bertimbun.
Kadang-kadang kita berjaya selesaikan, kadang-kadang tidak. Lalu urusan ditangguh.
Facebook, emel, berita di akhbar tak boleh tinggal. Paling kurang, berjam-jam juga mengadap komputer.

Dalam arus globalisasi, semua benda bergerak dengan sangat pantas.
Semua urusan pun seolah-olah mengikut trend yang sama. Semua mesti cepat.

Begitulah kehidupan tipikal manusia zaman sekarang.

Sehinggakan kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara yang penting tetapi seolah-olah tidak terlalu mendesak sehingga kita mengabaikannya.

Bersenam.
Membaca buku ilmiah.
Menghubungkan silaturrahim.
Muhasabah.
Merancang kehidupan dan urusan seharian.
Memilih prioriti.
Qiyamullail.
Berdoa.

Semua ini penting, tetapi tidak terdesak utk dilakukan.

Hanya apabila ada masa lapang, kita cuba buat perkara-perkara tadi. Padahal semua ini akan sangat banyak membantu menyelesaikan benda yang penting dan mendesak.

Ambil masa.

Lihat kehidupan sendiri dalam perspektif orang ketiga.

Sunday, April 8, 2012

Cubaan Memahami Fitrah utk Dakwah



Orang kata lelaki itu 9 logik akal 1 emosi.
Perempuan itu 1 logik akal 9 emosi.

Seringkali juga orang kata tajmik ikhwah kurang power dari tajmik akhawat.
Kalau ikhwah dapat tajmik 20 orang, akhawat boleh sampai 100 orang.

Ramai yang kata, akhawat mudah menyentuh hati kaum hawa, kerana obviously mereka juga perempuan, sama fitrahnya. Faktor emosi menjadi kekuatan dakwah. (Cabarannya datang apabila hendak memastikan mereka jni bergerak di atas kefahaman (akal), bukan emosi semata.)

Kalau begitu, sepatutnya ikhwah juga kena bermain dengan fitrah lelaki. Mungkin org lelaki akan lebih tertarik apabila 9 bahagian logik akal mereka itu disentuh dengan sinar dakwah. Bukannya sekadar melayan emosi mereka dengan memberi sosej, belanja makan, bawa jalan dan sebagainya. Itu hanya akan memanjakan 1 bahagian emosinya sahaja. 9 bahagian akalnya itu perlu dicabar utk berfikir. Cabaran itu mungkin datang dalam bentuk hujah dan dialog. Apa yang terhasil
dari rangsangan akal itu akan menjadi asas kefahaman yang kukuh.

Sebab itu Allah byk kali suruh fikir.
Tentang alam, hakikat diri, kaum terdahulu, syurga, neraka dan sebagainya.
Kerana fikir itu boleh membawa kepada zikir.
Zikir kepada hati ibarat air kepada ikan.
Basah zikirnya, hiduplah hati.

Dan hanya hati yang hidup boleh membawa perjuangan dakwah Islam.


Cubaan memahami fitrah.
Semua teori ini hanya satu kemungkinan.

Allahua'lam.


.

Friday, April 6, 2012

Cara Membina 'Rumah'

Sketch rumah di pejabat.

Proses membina rumah bukannya semudah melukis bentuknya mengikut citarasa sendiri kemudian dibina mengikut pelan tadi. Sangat banyak proses berfikir dan perancangan teliti yg perlu dibuat sebelum itu. Gambar yang tertera merupakan sketch utk sebuah rumah. Ia telah mengambil masa hampir 2 minggu untuk memikirkan design yang terbaik utk client. Dan prosesnya masih berjalan, belum habis lagi.

Apabila membina rumah, si arkitek perlu memahami rumah itu terlebih dahulu. Rekabentuk rumah di Australia, kurang sesuai utk orang di Malaysia. Di Australia, orangnya tidak memasak seperti orang Malaysia. Apabila orang Malaysia masak di sana, habis satu rumah berbau tumisan bawang dan rempah. Apabila orang Malaysia menggunakan tandas di sana, habis banjir sehingga akhirnya boleh merosakkan struktur rumah kerana air telah menyerap masuk ke lantai atau siling. Privasi utk kaum wanita bg org Islam kurang ditekankan. Apabila ada tetamu bukan mahram datang ziarah, samada org perempuan kena duduk terkurung di dalam sebuah bilik menunggu habis ziarah atau keluar ke rumah lain. Tidak bebas hendak ke dapur contohnya. Ini baru bercakap dari segi perbezaan adat & budaya.

Iklim Malaysia dan Australia jauh berbeza. Rumah di Australia perlu penebatan yang sempurna untuk menghadapi musim sejuk dan panas. Di Malaysia, rumah yg terbuka kepada pergerakan angin lebih selesa, tidak perlu risau dgn cuaca sejuk mencecah 5 darjah Celcius.

Banyak lagi perbezaannya. Poinnya di sini, 'rumah' itu berbeza mengikut kawasan dan suasananya. Malah ia juga berbeza mengikut pemiliknya.

Sebab itu sebelum membina sebuah 'rumah', fahami dulu hatinya, ambil tahu masalahnya, dengar konflik dalaman yg mungkin timbul.

Selepas itu baru rangka pelan. Bukan ikut citarasa sendiri semata-mata, tetapi mengikut analisa yang telah dibuat.

'Arkitek' yang hebat membuat 'rumah' mengikut konteks, bukan syok dengan ideanya sendiri.