Wednesday, May 11, 2011

Terapi Jiwa yang Lesu



Akan tiba masanya apabila kita terlalu banyak aktif membuat kerja, terlalu sibuk mengisi masa dengan tanggungjawab, minda, jasad dan ruh kita tiba-tiba rasa lemah.

Itulah manusia. Bak kata seorang ustaz, manusia ini ibarat gelang getah. Ada masa kendur, ada masa tegang.
Penulis John Gray memberi analogi fasa ini sebagai fasa masuk gua (utk lelaki). Di gua itulah lelaki akan tenggelam dengan masalah-masalahnya, sehinggalah dia berjaya mencari solusi kepada masalah tersebut. Tiba saat itu, ia akan keluar dengan sikap positif.

Apabila masa kendur itulah terasa malas hendak bergerak. Berfikir pun tidak larat. Kalaupun berfikir, hasilnya akan berbaur emosi. Sensitif semacam. Emo tak menentu. Bagi sesetengah orang, muka masam 24 jam. Orang Sarawak kata menjus abis muka.

Bagaimana hendak mengatasi fasa ini? Penat juga mencari.
Alhamdulillah, Allah takdirkan tangan ini masih mampu menyelak buku 'Afatun 'ala ath-Thariq: Terapi Ruhiyah Aktivis Dakwah karangan Dr Sayyid Muhammad Nuh.
Antara banyak-banyak poin yang ditulis, salah satu sebab berlakunya fasa 'pudarnya komitmen' yang paling menyentuh jiwa ialah faktor lemahnya iman, kerana iman ialah sumber energi seorang Muslim. Sebab itulah tarbiyyah / pendidikan Islam sentiasa menekankan kepentingan pemeliharaan iman. Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya keimanan itu benar-benar lapuk di rongga salah seorang kalian sebagaimana lapuknya pakaian, kerana itu mintalah agar Allah memperbaharui keimanan itu di dalam hati kalian." (riwayat Thabrani)

"Perbaharuilah keimanan kalian," ada yang bertanya, "Wahai Rasulullah bagaimana cara memperbaharui keimanan kami?" Beliau menjawab, "Perbanyakkanlah ucapan laa ilaaha illallah." (Al-Musnad 2/359)

Ya, jiwa ini perlu dibasahi dengan kalimah itu, beserta penghayatan yang sebaik mungkin.

Keperluan ruhiyah perlu dijaga. Rasa macam sudah lama terbiar.

3 comments:

rosso said...

makasih mas afiq

rosso said...

makasih mas mas (mohd afiq syazwan).

Unknown said...

sama2. sepatutnya shazwan. heheh.