Semester ini, saya banyak belajar dan menganalisa pembangunan bandar di negara-negara Asia. Orang putih menggelarnya Asian urbanism. Tokyo, Beijing, Shanghai, Seoul, Vietnam, Malaysia dan banyak lagi negara-negara Asia yang lain.
Kebanyakan bandar mengalami pembangunan yang sungguh pesat. China dikatakan membina satu bandar baru setiap hari. Globalisasi telah memudahkan mereka untuk mengeluarkan tender kepada firma-firma antarabangsa seperti LAB di Australia. Pembangunan di Jepun juga tiada kurangnya. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di atas tanah, di Shinjuku mereka mengambil langkah membuat laluan bawah tanah yang turut memuatkan kedai-kedai di sepanjang laluan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan laluan bawah tanah. Seoul kini menjadi hub untuk World Design Capital. Banyak pembangunan terancang yang telah dilaksanakan. Di tengah-tengah bandar Seoul, terdapat Sungai Cheonggyecheon yang dahulunya telah ditutup untuk dijadikan highway, sekarang telah dipecahkan dan dibuka kembali menjadi sungai. Teknologi canggih digunakan untuk memastikan sungai yang telah mati itu mengalir semula, dan memastikan agar saluran sungai tersebut menggunakan air yang telah dikitar semula.
Pembangunan oh pembangunan.
Sememangnya amat menarik untuk dikaji. Tetapi ramai yang menjadi leka dengannya.
Ramai yang memandang kepada bandar yang dibangunkan, amat sedikit yang tahu mengenai bandar (atau negara) yang dimundurkan oleh pembangunan bandar yang lain. Pembangunan parasit.
Pembangunan negara haram Israel yang telah meragut nyawa yang tidak bersalah dan mengusir penduduk Palestin. Jumlah pelarian Palestin (termasuk keturunan mereka) telah mencecah 4.62 juta pada tahun 2008, berbanding 711,000 pada zaman awal pencerobohan Zionis ke tanah Palestin pada 1947 - 1967.
Israel menafikan hak kemanusiaan, membina tembok dan mengawal import dan eksport barangan di sempadan-sempadan 'penjara Gaza' dengan tidak munasabah. Barang yang boleh dieksport dari Gaza hanyalah barang seperti strawberry dan bunga (?). Aduhai. Kereta, bahan binaan seperti konkrit dan jentera tidak dibenarkan masuk. 80% penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan. Kadar pengangguran hampir mencecah 50%. Kehidupan penduduk Gaza juga banyak bergantung kepada ribuan terowong bawah tanah, yang juga mahu disekat oleh Israel dengan kerjasama MESIR. Khabarnya mereka telah membina terowong bawah tanah yang dibuat dari besi yang kalis bom.
Beberapa maklumat statistik ini dipetik dari laporan video CNN, yang saya percaya dalam masa beberapa jam lagi akan hilang dari laman utama di website mereka. Samada mereka menukar tajuk berita atau laporan tersebut sudah masuk dalam arkib.
Kini krisis Gaza kembali mendapat perhatian dunia. Bantuan kemanusiaan hendak disampaikan melalui laut. Kini, Israel menunjukkan kesungguhan untuk menghalang bantuan daripada sampai kepada Gaza sehingga sanggup menggerakkan tentera laut mereka.
Tindakan Israel menghantar komando-komando ke salah satu kapal Flotilla mendapat kritikan di seluruh dunia. Mereka menembak mati belasan orang dengan alasan hendak membela diri daripada beberapa aktivis yang membawa kayu dan benda tajam. Walaupun tidak lagi tertumpu kepada isu negara Palestin, pencerobohan Zionis, penempatan haram, kem-kem pelarian penduduk asal Palestin dan sebagainya, sekurang-kurangnya perjuangan Palestin masih mendapat simpati dari dunia keseluruhannya.
Ya, ianya isu kemanusiaan yang wajar mendapat perhatian orang ramai. Tetapi bagi umat Islam secara khususnya, kita perlu sedar bahawasanya isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi ianya isu akidah.
Di situlah terletaknya kiblat pertama kita. Di situlah terletaknya Masjid al Aqsa, destinasi Rasulullah SAW di dunia sebelum dibawa ke langit dalam peristiwa Isra' Mi'raj. Di situlah bumi anbiya'. Di situlah tempat ibadah yang utama untuk orang Islam selepas Makkah dan Madinah.
Palestin ialah bumi perjuangan. Perjuangan ke arah membantu Palestin merupakan perjuangan yang mulia. Perjuangan yang dijanjikan akan menang. Maka bantulah dengan segala apa yang ada, dengan segala peluang yang diberikan.
Alhamdulillah Malaysia dianugerahi dengan ramai insan yang prihatin. Sumbangan datang dari pelbagai arah. Mereka di Flotilla telah berada di sana. Perjuangan mereka memerlukan sokongan kita. Tetapi tidak bermakna ruang untuk membantu berhenti dengan sekadar menyokong dan mengikuti perkembangan semasa. Mendermalah secara berterusan. InsyaAllah, usaha yang berterusan akan mendapat balasan yang manis.
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الّجَنَّةَ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka."
at-Taubah 9:111
ps:
Bantuan dari darat dah dikawal, bantuan dari laut diserang, mungkin perlu juga percubaan untuk menghantar bantuan dari udara. Saya terjumpa aerodrome kecil di hujung Gaza, berdekatan sempadan Mesir. Mungkin boleh digunapakai, walaupun ada risiko diserang.
Jangan lupa menyumbang!
Ikuti perkembangan Flotilla dan Palestin di sini:
http://witnessgaza.com/
http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.presstv.ir/llnw/
http://twitter.com/GazaUnderSiege
http://sahabatalaqsha.com/
http://english.aljazeera.net/
http://palestinkini.info/
Bantuan dari darat dah dikawal, bantuan dari laut diserang, mungkin perlu juga percubaan untuk menghantar bantuan dari udara. Saya terjumpa aerodrome kecil di hujung Gaza, berdekatan sempadan Mesir. Mungkin boleh digunapakai, walaupun ada risiko diserang.
Jangan lupa menyumbang!
Ikuti perkembangan Flotilla dan Palestin di sini:
http://witnessgaza.com/
http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.presstv.ir/llnw/
http://twitter.com/GazaUnderSiege
http://sahabatalaqsha.com/
http://english.aljazeera.net/
http://palestinkini.info/
No comments:
Post a Comment