Masa. Ianya merupakan sesuatu yang dinamik. Kadang-kadang, kita merasakan masa kita terlalu pendek, tetapi ada orang yang merasakan masanya terlalu panjang, tidak tahu hendak buat apa.
Masa kita di dunia sama sahaja. Sehari kita ada 24 jam. Ulama zaman dahulu mampu menulis kitab dalam sela masa antara zohor dan asar. Kita sekarang memerlukan 3 tahun untuk menyiapkan tesis. Mengapa? Mungkin kerana masa ulama dahulu lebih berkat.
Sehari kita di dunia ini bersamaan 24 jam. Ada masanya kita tidur, ada masanya kita bekerja, ada masanya kita makan dan sebagainya. Selalu kita merasakan umur kita di dunia ini merupakan tempoh yang amat panjang.
Tetapi bandingkanlah dengan masa sehari di akhirat kelak. Sehari di sana bersamaan dengan 50 000 tahun. Selama 'sehari' itu, kita hanya akan disibukkan dengan satu agenda. Kita mahu syurga. Pada masa itu, barulah kita sedar, nilai masa di dunia ini. Apalah sangat 60 tahun (katakan) umur kita berbanding 50000 tahun di sana.
Masa yang kita ada di dunia ini sangat sangat berharga. Setiap saat yang berlalu akan dicatit.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Tindakan manusia di dunia ini, antara dua sahaja; samada buat perkara yang makruf, atau perkara yang mungkar. Tidak ada atas pagar. Dengan nilai masa yang kita ada, pilihlah yang mana kita akan utamakan. Adakah kita hendak meluangkan masa menuju kampung akhirat, atau seluruh tenaga dan masa kita hanyalah untuk tempat persinggahan yang bergelar bumi ini.
1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Al-Asr 103: 1-3)
Orang yang rugi, yang akan merasai penyesalan kerana tidak berlari menuju Allah sekarang, menyesal kerana tidak nampak objektif sebenar kehidupan, HANYA boleh selamat dengan:
- beriman
- mengerjakan amal soleh
- menasihati kepada al haq (kebenaran)
- menasihati kepada kesabaran
Jalan ukhrawi akan membawa sekali kebaikan di dunia dan akhirat, manakala jalan duniawi hanya mendapat ganjaran di dunia sahaja.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah 9:111)
1 comment:
Hai.. I'm Iman... I like semua ntry anda... I skrg dalam usaha menghabiskan my novel yg wataknya sorg arkitek...I terjumpa blog ni pun swaktu mmbuat research ttg kerjaya arkitek... if you dont mind, add me at YM... my ym is iman_hazana@yahoo.com.my... blh kita berbual ttg arkitek dan pesona seorg arkitek... Thanks
Post a Comment