Sunday, December 13, 2009

Rawak cuti summer

1. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa perjuangan kita tidak membuahkan hasil, sedangkan di luar sana kita sering melihat kejayaan orang lain mengislah masyarakat; membina generasi harapan.

Mungkin jawapannya adalah kerana kita sebenarnya belum mengenali sepenuhnya fikrah yang kita dakwa kita dokong. Yang kita ketahui hanyalah wasilah-wasilahnya.

Sebelum kita melangkah, ada baiknya fahamkan diri kita dahulu.

2. 16 Disember 2009 menandakan tamatnya Bachelor of Architectural Design. Ramai yang berkata pelajar senibina terlalu sibuk. Ya benar. Tetapi ramai yang bertahan kerana ada keseronokan dalam merekabentuk kehidupan melalui bangunan, di samping memberi manfaat yang sangat banyak kepada masyarakat.

Semester lepas merupakan semester yang memberi ruang untuk mencari halatuju sendiri di dalam arena senibina. InsyaAllah ada 2 tahun lagi dalam Master of Architecture untuk membentuk peribadi yang lebih konkrit sebagai seorang arkitek.

3. Seronok meluangkan masa bersama keluarga di Melbourne + menghidupkan nilai tarbawi dalam keluarga sendiri.

6 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah~! :)

Unknown said...

Salam bertamu!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rose said...

sik balit semester tok? Bila mao kerja kat AASB lg? End of last year kitakorg 'kerja sementara' kat AASB nak? owh that shows how time flies so fast.

Unknown said...

balit..baru balik aritok..xsure cuti tok kerja x..sbb ada beberapa kali juak akan turun KL...tkt clash kerja...heheh

mun ada kerja nak kejap jak boleh lah.

Yes..time flies so fast...last year ktk xda anak, tok dah ada sheraz! alhamdulillah!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.