2. Umar r.a. merupakan salah seorang sahabat hebat yang saya kagumi. Semasa membuat model untuk final presentation, saya sempat mendengar ceramah Jamal Badawi berkenaan isu ikhtilat. Dalam ceramahnya, beliau ada menyebut tentang Umar dan sifatnya yang amat keras dalam pendirian (strict). Kalau diikutkan hati, beliau tidak akan membenarkan isterinya ke masjid. Namun, oleh sebab tiada larangan dari Rasulullah ke atas wanita utk ke masjid, Umar menundukkan kemahuannya itu lalu membenarkan isterinya untuk pergi. Atas rasa cintanya pada agama dan ajaran Rasul, Umar mengetepikan kemahuan hatinya. Sesuatu yang sangat sukar untuk dilaksanakan.
3. Ketentuan Allah menghendaki agar kefahaman di dalam gerakan dakwah terdedah kepada gangguan, ujian dan penapisan. Di tengah-tengah ujian ini terdapat pula kecuaian dan keterlaluan (ekstrim). Di satu penjuru ada yang mengatakan supaya kita menjauhkan diri dari arus pemerintahan dan politik (dan juga masyarakat) demi memelihara diri dan dakwah dari sebarang akibat yang tidak diingini. Di satu penjuru yang ekstrim pula menganggap semua umat Islam yang tidak menyetujui fikrah mereka adalah kafir. Astaghfirullah. Maka seharusnya ada mereka yang mengemukakannya kepada orang ramai dengan jelas dan terang, mempunyai ketahanan, keteguhan bersama kebenaran, dan menolak kecuaian dan keterlaluan itu. Perlu ada mereka yang memelihara amanah di dalam kefahaman sifat dan akhlak.
4. Saya bersyukur kerana presentation saya lancar, padahal pada kebiasaannya saya tidak petah berkata-kata. Alhamdulillah. Rasanya boleh la dikatakan bangkit selepas mid semester. InnAllah ma'ana.
5. Terlalu banyak benda di fikiran. Perlu lebih fokus membuat kerja. Satu demi satu.
6. Akan update final design scheme tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment