Friday, June 26, 2009

Mahu mendapat kepuasan



وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
17. Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى
18. yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya,

وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَى
19. padahal tidak ada seseorangpun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya,

إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى
20. tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya yang Maha Tinggi.

وَلَسَوْفَ يَرْضَى
21. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.

Diriwayatkan bahawa ayat-ayat ini diturunkan atas sebab kedermawanan Saidina Abu Bakr r.a. dlm membebaskan hamba-hamba. Dari sini jugalah beliau mendapat gelaran Atiq.

Kalau mengikut tradisi jahiliah pada masa itu, setiap hamba yang dimerdekakan akan ada hubungan yang 'terikat' dgn orang yang membebaskannya. Ia akan patuh dan memberikan taat setia sebagai tanda terima kasih. Dan menjadi budaya bagi orang Arab jahiliah utk membeli hamba-hamba yang kuat sahaja kerana hamba-hamba tersebut akan menjadi konco-konconya, mengukuhkan kedudukannya dalam masyarakat.

Hal ini amat berlainan dgn Saidina Abu Bakr r.a. Beliau seringkali membeli dan membebaskan hamba-hamba yang lemah. Mengapa? Kerana hamba-hamba itulah mereka yang telah memeluk Islam. Kerana apa?

إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى
tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya yang Maha Tinggi.

Tidak ada apa-apa yang beliau harapkan dari mereka melainkan keredhaan Allah.

Saya juga ingin begitu.

Mampukah?

InsyaAllah.

Kerana di akhir hari, saya hendak mendapat kepuasan. Kepuasan yang sama seperti yang digambarkan dlm ayat terakhir surah al-lail.

Moga dgn tertariknya sedikit nikmat kesihatan sekarang tidak mengekang kesungguhan membuat kerja.

Ok.

Harus tidur.

Esok ada kerja menanti.

No comments: