Thursday, May 13, 2010

Masaku Kian Suntuk


Masa. Ianya merupakan sesuatu yang dinamik. Kadang-kadang, kita merasakan masa kita terlalu pendek, tetapi ada orang yang merasakan masanya terlalu panjang, tidak tahu hendak buat apa.

Masa kita di dunia sama sahaja. Sehari kita ada 24 jam. Ulama zaman dahulu mampu menulis kitab dalam sela masa antara zohor dan asar. Kita sekarang memerlukan 3 tahun untuk menyiapkan tesis. Mengapa? Mungkin kerana masa ulama dahulu lebih berkat.

Sehari kita di dunia ini bersamaan 24 jam. Ada masanya kita tidur, ada masanya kita bekerja, ada masanya kita makan dan sebagainya. Selalu kita merasakan umur kita di dunia ini merupakan tempoh yang amat panjang.

Tetapi bandingkanlah dengan masa sehari di akhirat kelak. Sehari di sana bersamaan dengan 50 000 tahun. Selama 'sehari' itu, kita hanya akan disibukkan dengan satu agenda. Kita mahu syurga. Pada masa itu, barulah kita sedar, nilai masa di dunia ini. Apalah sangat 60 tahun (katakan) umur kita berbanding 50000 tahun di sana.

Masa yang kita ada di dunia ini sangat sangat berharga. Setiap saat yang berlalu akan dicatit.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.


Tindakan manusia di dunia ini, antara dua sahaja; samada buat perkara yang makruf, atau perkara yang mungkar. Tidak ada atas pagar. Dengan nilai masa yang kita ada, pilihlah yang mana kita akan utamakan. Adakah kita hendak meluangkan masa menuju kampung akhirat, atau seluruh tenaga dan masa kita hanyalah untuk tempat persinggahan yang bergelar bumi ini.

1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Al-Asr 103: 1-3)

Orang yang rugi, yang akan merasai penyesalan kerana tidak berlari menuju Allah sekarang, menyesal kerana tidak nampak objektif sebenar kehidupan, HANYA boleh selamat dengan:
  • beriman
  • mengerjakan amal soleh
  • menasihati kepada al haq (kebenaran)
  • menasihati kepada kesabaran
Maka pilihlah dengan bijak. Antara 2 jalan. Jalan ukhrawi atau duniawi.
Jalan ukhrawi akan membawa sekali kebaikan di dunia dan akhirat, manakala jalan duniawi hanya mendapat ganjaran di dunia sahaja.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah 9:111)

02 Kuching Waterfront, Malaysia by Connybeare Morrison


Mapping exercise for Asian Architecture and Urbanism.

Kuching Waterfront was built on the very riverbank where the city itself was born. It was a place where the institutional buildings from the Brooke era was built. Along the river, we can the well-preserved Court House, Fort Margherita, Square Tower and a few other historic buildings. It was also a busy maritime port in Sarawak where trading would take place. That was probably the reason for the establishment of Indian and Chinese shophouses along the riverbank.


There was also a dynamic between the contested edge; where water meets land. With a tidal difference of 5-6 metres, Kuching Waterfront is an area that is prone to flood. The local used to complained it being a mudflat.

Therefore, this project sets for itself a clear criteria for the designers. There is a tension between dealing with the flood events and preserving the rich history and intellectual memory of the city.

Basically, the design decisions was to reclaim a strip of land along the riverbank to have a firmer ground, opening up corridor views towards the river from the city. A promenade was designed along the strip, with the a few preserved historical buildings running along ie. the Square Tower, the Sarawak Steamship Company (now used as Bazaar for souvenirs and food outlets), an unknown colonial structure (now used as a performance stage), Chinese Pavilion and the Chinese Museum. The pavements along the waterfront uses the floral motif common among the indigenous, the Iban people.

Square Tower

Pavement along Waterfront

Nowadays, the Waterfront is no longer the maritime port as it used to be but it has definitely been remotivated to become a central part of the Kuching City. There were always events being held in the public square where the Square Tower sits. One of the most common one is the annual regatta; an boat race event. Participants would use long boats, that are still being used to get into the deeper areas in Sarawak. It was also said that the long boats are used in the memory of the Dayak war boat.

Sarawak Regatta

Kuching Waterfront might be a little bit figurative in terms of its design, however in terms of its function, it was quite successfull. It was a good dumbbell design that enhance the riverbank as a vibrant place in the city.

Friday, April 23, 2010

Kuching Urbanism, Melayu & India

Waterfront Kuching semasa 1960-an, tempat pelabuhan kapal-kapal pedagang.


Di awal 1900-an, ramai imigran India Muslim yang berhijrah dari selatan India ke Kuching sebagai pedagang. Ramai juga pemuda-pemuda India Muslim ini yang berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Mereka berasimilasi dengan masyarakat setempat, bercakap bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu dan sebagainya. Asimilasi ini disambut baik oleh komuniti Melayu pada masa itu kerana mereka melihat mereka sebagai saudara seagama. Walaupun pada asalnya dipisahkan oleh 2 benua yang berlainan, apabila bertemu, tiada masalah untuk mereka yang berhijrah 'masuk Melayu'. Malah, hubungan mereka dengan masyarakat Melayu jauh lebih rapat berbanding hubungan mereka dengan kaum mereka sendiri yang turut sama berhijrah dari Selatan India. Subhanallah, masih basah lagi rupanya ukhuwwah sesama Muslim pada zaman tersebut. Cerita ini hampir sama dengan kisah penghijrahan kaum Muhajirin Makkah ke Madinah dan persaudaraan mereka dengan kaum Ansar.

Dan masuknya mereka ke dalam Melayu bukanlah menjadi hal yang besar. Melayu mereka kerana Islam. Bangsa Melayu di Kuching pada masa itu merupakan tunggak Islam di rantau itu. Maka tidak hairanlah ramai masyarakat India Muslim yang masih hidup sehingga hari ini, termasuklah keturunan mereka, mengaku sebagai Melayu. Dan tidak bermaksud mereka lupa asal usul mereka ataupun mereka malu dengan darah India mereka, bahkan mereka bangga tetapi persoalan mengapa masuk Melayu itu seolah-olah benda remeh. Yang mereka lihat hanyalah ikatan akidah yang mengikat mereka sebagai satu bangsa. Nama 'Melayu' dipakai sebab mereka di Tanah Melayu.

Kes yang sama juga berlaku di kalangan orang Pakistan di Kelantan dan Malayalee.

Apabila Perlembagaan Malaysia dibuat, definisi Melayu pun bukanlah sempit sangat. Sangat fleksibel. Berdasarkan perlembagaan, seorang Melayu itu didefinisikan sebagai seorang Muslim, hidup dengan cara hidup Melayu dan berbahasa Melayu. Sama juga dalam Mahkamah Adat Istiadat Sarawak, orang luar bahkan boleh memohon 'masuk Melayu' sekiranya mengaku Muslim (memeluk agama Islam), berbahasa Melayu ataupun mengamalkan cara hidup Melayu.

Maka seharusnya kita melihat kemelayuan sebenarnya bukanlah keturunan semata-mata. Melayu itu merupakan Muslim di rantau ini. Cuma mungkin sekarang definisi itu sudah disempitkan. Maka timbullah pelbagai perbalahan yang remeh, yang kadang-kadang langsung tidak membawa kepada amal.

dipetik dari:
"Reasons for Assimilation: Focus on the Indian Muslims in Kuching, Malaysia" by Maya Khemlani David & Caesar Dealwis.

ps:
- Tak sangka belajar mengenai Asian Urbanism pun boleh jumpa maklumat seperti di atas. Yang bestnya, saya sendiri merupakan keturunan golongan India Muslim yang disebutkan tadi. Generasi ketiga. Dan dah campur dengan darah Cina juga. Tapi pada masa yang sama, saya juga Melayu.
- respek dengan datuk. Namanya Kethergany. Alim orangnya. Dulu bekerja sebagai pedangang kain. Lidahnya masih tak lari dari pelat India. Moga termasuk dalam golongan ahli syurga, insyaAllah.