Wednesday, March 28, 2012

Kegembiraan Daie


Semasa memberi talk 'Shift Your Paradigm', membangkitkan jiwa-jiwa remaja lepasan SPM peserta KLS supaya menjadi mahasiswa Muslim yang hebat dunia akhirat.

1. Antara kegembiraan buat seorang daie ialah apabila dia melihat mutarabbinya hadir ke usrah dengan penuh bersemangat. Bukan sahaja ia menghembuskan semangat ke dalam hati daie, ia juga membuatkan dirinya terus gagah melangkah lebih ke depan kerana ia sedar tanggungjawabnya dalam membimbing mutarabbinya sehingga menjadi lebih baik dari dirinya. Kegembiraan ini bertambah seiring dengan kesungguhan mutarabbinya menyumbang dalam amal dakwah.

2. Ini antara tips yang memungkinkan ikh/akh kekal untuk thabat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah. Maka, sekiranya terasa lesu, pergilah mencari mad'u. Antara masalah bagi mereka yang pulang dari perantauan ialah kefuturan yang mungkin datang dalam diam. Antara cara utk mengelakkan kejatuhan yang tidak disedari ini adalah dengan mencari mad'u, bukan menunggu utk diberi mad'u.

3. Kegembiraan juga kepada para daie apabila keluarganya sendiri menghormati dan memahami fikrahnya. Kegembiraan itu akan teranjak lebih jauh apabila keluarganya sendiri mahu bersama memperjuangkan fikrah yang dia imani, ataupun sekurang-kurangnya mahu membantu dalam amal.

4. Seorang daie itu sememangnya akan gembira melihat perubahan sisi kejiwaan dalam diri mad'unya. Melihat seseorang yang berubah dari seorang yang pengecut, kepada seorang yang berani ke depan. Berubah dari seorang yang merokok kepada seorang yang memanfaatkan masanya dengan program Islami. Berubah dari terus terkandas dalam perjuangan keilmuan kepada seorang yang mempunyai matlamat dalam kehidupan. Berubah dari seorang yang terperangkap dalam paradigma norma dunia kepada seorang yang mempunyai anjakan paradigma yang membuatnya berfikir dalam kerangka yang jauh lebih luas bertunjangkan kefahaman Islam.

5. Kegembiraan juga datang dari ukhuwwah yang terbina antara ikh/akh yang bersama-sama melaksanakan tuntutan syahadah tanpa kenal erti penat dan lelah, tetapi masih mampu tersenyum dan melangkah dengan gagah ke pekerjaan seterusnya. Terus melangkah dengan keselarasan kefahaman bahawasanya setiap langkah itu ada nilai tarbawinya, sesuai dengan peredaran fasa. Terus melangkah dengan bersungguh, ibarat bersungguhnya tentera al-Fatih menarik kapal-kapal perang menaiki bukit semata-mata ingin membebaskan bumi Konstantinopal.

Pada akhirnya, saat daie itu bermuhasabah, kegembiraan itu dikembalikan kepada Allah. Syukur, alhamdulillah.

ps:
- mengalu-alukan keahlian ayah ke dalam Keluarga ISMA Sarawak!
- ternanti-nanti kehadiran pemuda-pemuda hebat dalam halaqah.
- tumpang gembira atas kejayaan adik bongsu, Nur Izzah Athirah atas kejayaan memenangi tempat pertama dalam pertandingan hafazan peringkat sekolah. Next, peringkat zon. Sedikit tercabar kerana dia dah hafal semua surah juzuk amma pada umur darjah 5!
- juga gembira dgn prestasi adik, Nur Amira Shahirah yang akan ke Melaka mewakili sekolah.

No comments: