Architecture, fine arts, music, videogaming, animation, filming, dan yang seangkatan dengannya. Semua ini merupakan aspek yang agak lompong dalam gerakan dakwah.
Kelompok seni ini, sekiranya dapat menggabungkan diri mereka dengan kafilah Islam, pastinya akan memberi anjakan yang sangat besar kepada gerakan dakwah, yang kini lebih ramai digerakkan oleh agamawan, jurutera dan golongan perubatan. Pemikiran dan skil seni yang mereka ada itu akan membawa arus yang baru dan segar dalam arena dakwah yang kini bertempur sengit dengan gelombang taghut. Besarnya gelombang taghut ini sehingga orang Islam kini memahami Islam patchy-patchy. Sebahagian hidupnya Islam, sebahagian lagi ada tompok-tompok hitam bernama jahiliyyah. Aqidahnya Islam, tapi pergaulan sehariannya dengan manusia bebas tidak bersempadan.
Memandangkan saya sendiri mengambil jurusan senibina, kadang-kadang, terfikir juga, mengapa sangat sedikit mereka yang mengambil bidang senibina terlibat dalam gerakan dakwah & tarbiyyah?
Alasan utama yang sering diberi ialah masa tidak cukup.
"Sibuk sikit"
"Nnt kalau free insyaAllah saya pergi"
"Dateline esok"
Dulu boleh bangga tak tidur buat model. |
Apabila kita melihat dari kaca mata Islam, kalau kita diberi seribu tahun sekalipun, masa yang kita ada ini memang tidak akan pernah cukup. Ianya bukan milik kita pun pada asalnya. Ianya milik Allah.
Kita fikir kita yang mengejar masa, padahal hakikatnya, masa yang mengejar kita.
Bak kata Saidina Abu Bakr r.a, "Sesungguhnya di belakang kamu ada ajal yang mengejar dan ia terlalu pantas bergerak menujumu."
Kita sangka kita yang mampu membahagikan masa kita (walaupun selalunya kita akan rasa gagal membahagikan masa). Mungkin di sinilah masalahnya.
Ramai dari kita yang berfikir, kita berkuasa menentukan segalanya dalam hidup. Kita punya masa, kita punya tenaga, kita punya kekuatan daya fikir. Kitalah segalanya. Segalanya mungkin. Mirip fahaman humanisme.
Tapi, sekiranya kita mengkaji kembali sunnah dan generasi Islam terdahulu, cara berfikir mereka berada di spektrum yang agak berbeza. Contohnya, doa yang dibacakan Rasulullah SAW:
يا حي يا قيوم
Ya Hayyu Ya Qayyum
Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri
برحمتك استغث
Birahmatika Astaghith
Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan
اصلح لي شأني كله
Aslihli Sya’nii Kullahu
Perbaikilah untukku urusan semuanya
ولا تكلني الى نفسي
wa la takkilni ila nafsi
Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri
طرفة عين
tor fataain
Walau sekelip mata
(Riwayat Nasa’i)
Kadang-kadang, tak semua benda di dunia boleh dicapai dengan usaha kita semata-mata,
tetapi perlu kepada futuhat-futuhat dari Allah SWT. Minta sahaja pada Allah, dia akan buka pintu yang kita tak nampak sebelumnya.
Dengan pemikiran sebegini, saya percaya masa tidaklah menjadi penghalang utama untuk seseorang itu mengejar bekalan-bekalan akhirat. Dengan pemikiran sebegini, hubungan dengan Allah SWT akan meningkat. Apabila hubungan dengan Allah meningkat, semua yang mustahil akan menjadi tidak mustahil.
Dan pemikiran sebegini hanya boleh dihadam sekiranya kita menggabungkan diri dengan gerakan dakwah & tarbiyyah. Bukanlah bererti saya telah hadam segalanya dengan baik, sebaliknya hanya ingin mengatakan, kita yang perlukan dakwah ini, bukannya dakwah ini yang perlu kepada kita.
Allahua'lam.
ps: mencari keseimbangan antara usaha dan tawakkal pun satu proses yang lama. Menyerahkan urusan kepada Allah bukan bererti usaha kita berkurangan. Kesungguhan dan kesempurnaaan usaha itu tidak dapat tidak masih menjadi aspek penting. Inilah tarbiyyah.
5 comments:
mana butang nak like??
tula pasal. baru nak +1
xreti pulak nak add plugin tu utk blogger. Like kat facebook boleh la. heheh.
Alllahuakbar !
teringat bilik CS wat usrah tahun 2007.
Ex room-mate enta ada mana skrg?
Syabas..
teringat kata-kata bijak pandai,tp xsure dr hadis ke ape yg berbunyi:
'kejar dunia kita xkan terkejar,
kejar akhirat, dunia akan mengejar kamu'..
sangat kena dgn mesej yg article ni cuba sampaikan..
Post a Comment