Ramai yang melaungkan cita-cita hendak mengembalikan kegemilangan Islam.
Menegakkan daulah Islamiyyah.
Unjuran masa depan ialah ke arah Islam menaungi seluruh alam.
Cita-cita yang sangat besar, memerlukan mereka yang seimbang dalam semua aspek kehidupan.
Tidak hairanlah, semangat ini mendorong mereka untuk terjun ke dalam tarbiyyah sampai basah kuyup.
Usrah tidak akan pernah tinggal walau apa pun terjadi.
Program buat sebaik mungkin.
Tapi dalam bab akademik, ponteng kuliah dan tutorial.
Kerja rumah tidak dibuat.
Masa untuk study tidak diperuntukkan.
Tali unta tidak diikat kuat-kuat, hanya mengharapkan tawakkal kepada Allah.
Bahan bacaan pun kurang.
Ditanya tentang waqi semasa di kawasan setempat, tidak tahu.
Ditanya tentang perkembangan politik semasa, tidak tahu.
Ini baru bab tsaqafah.
Dengan sikap sebegini, bagaimana hendak sampai kepada daulah Islam, hatta Baitul Muslim sekalipun.
Ironi sungguh, antara cita-cita Islam dan usaha praktikalnya.
Jadi ayuh ikhwah! Perkasakan tarbiyyah dalam segenap segi!
Jangan kita sekularkan tarbiyyah hanya pada hal keagamaan sahaja.
No comments:
Post a Comment