Wednesday, November 10, 2010

Kenapa Media?

.
Design of a train station for Epping, as part of 'Green Linkage' strategy.
Design Studio 8, semester 2 2010.


4 tahun berada di alam senibina banyak mengajar saya tentang peranan imej untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Imej (lukisan, gambar, photomontage, etc) yang kita hasilkan perlu ada kemampuan untuk 'bercakap' dan 'menerangkan' idea kepada orang ramai tanpa kita mengeluarkan sepatah kata pun. Mereka kata, "An architect speaks through the drawings."

Skil menghasilkan imej ini diasah hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun kerana ianya bukannya mudah untuk dilakukan. Seseorang itu perlu mengetahui 'fikrah' yang hendak dibawanya sedalam-dalamnya.

Pemikiran sebeginilah yang perlu ada dalam setiap aktivis dakwah, terutamanya mereka yang berada dalam unit media. Segala wahana media perlu dikuasai dan dimanfaat sebaiknya bagi melawan arus ideologi duniawi yang menyerang pemikiran dan jiwa pemuda Islam sekarang. Ini era baru. Cara kita bergerak perlu kreatif dan inovatif.

Secara peribadinya, saya merasakan tidak cukup dengan hanya mengetahui sedikit tentang penerbitan majalah, sedikit tentang pembikinan video dan sedikit skil fotografi. Setiap jiwa yang sudah berjinak dengan salah satu wahana ini perlu meningkatkan skil mereka ke tahap maksima. Biar skil itu dikhususkan dalam diri, biar kita menjadi pakar dalam skil masing-masing. Kalau pandai ambil gambar, belajarlah ambil gambar dengan sebaiknya. Gambar perlu ada mesej. Komposisi yang cantik. Bukan sekadar ambil untuk penuhkan graphic card, akhirnya akan tersorok di dalam arkib atau 'recycle bin'.

Secara kebetulan, saya terjumpa kata-kata Hasan al-Banna mengenai peranan media dalam bab 'Dakwah Kita' di dalam Majmu' Rasail.

Pendokong
Pendokong ideologi hari ini tidak sama seperti pendokong dahulu kerana mereka hari ini berpendidikan, terlatih dan berkepakaran (terutama di negara Barat). Kini setiap ideologi mempunyai pasukan terlatih yang mampu menghurai segala kerumitan. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan ideologi masing-masing dengan bantuan pelbagai kaedah penyiaran dan propaganda. Dengan ini mereka mampu mempengaruhi masyarakat dengan cara yang paling mudah dan paling meyakinkan.

Wahana
Teknik propaganda sekarang juga berbeza dengan zaman dahulu. Kaedah penyiaran zaman dahulu hanya menggunakan medan ceramah atau perhimpunan atau penulisan melalui risalah atau surat. Berbeza dengan hari ini kerana pelbagai bentuk penerbitan, mahjalah, akhbar, risalah, pementasan (fiksyen), drama dan radio. Semua ini begitu mudah sampai kepada masyarakat; wanita mahupun lelaki, di rumah mereka, di pusat perniagaan, di tempat kerja dan di ladang mereka.

Oleh itu menjadi kewajipan para pendokong gerakan dakwah menguasai dengan baik kesemua kaedah ini supaya gerakan dakwah setiap usaha mereka dapat mencapai sasaran yang dikehendaki.


Ayuh bergerak arus media Islam! Semoga setiap 'klik' di papan kekunci dan tetikus membawa ke syurga!

ps: Salah satu hasil media kreatif yang dicungkil semasa sambutan kemerdekaan Ogos lepas.

No comments: