Wednesday, January 27, 2010

Jom ke KOBANNA!


Perkembangan politik semasa dalam negara memerlukan wacana ilmiah yang objektif dan bebas dalam mencari formula penyelesaian hakiki. Adalah diyakini bahawa jalan keluar kepada kemelut politik, ekonomi dan sosial pastinya kembali ke pangkuan ajaran Islam dan akar budaya bangsa.

Bagi merealisasikan hasrat ini, suatu manhaj (sistem) perubahan Islam yang menyeluruh perlu diketengahkan ke dalam masyarakat dan pendekatan yang dibawa oleh mujaddid (tokoh pembaharuan) al-Syahid Hassan al-Banna adalah pilihan terbaik.

Justeru, Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa akan mengetengahkan manhaj dan perjuangan Hassan al-Banna, agar ia lebih difahami dan dapat dicontohi oleh masyarakat Malaysia.

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran online, sila layari http://kobanna.ismaweb.net/

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.