Monday, July 27, 2009

Seni Ladang


Pergi ladang sama-sama.

Jumpa pokok lebih kurang sama.


Sekarang teman-teman seladang dah ada yang mengutip buah masak.


Kamu buat apa? Cemburu melihat buah masak yang lain.


Buat apa nak cemburu?


Mestilah.


Pokok yang dijaga belum berbuah lagi.


Pesanan buat hati.

Jangan kecewa andai tidak mendapat buah.

Kerana usaha untuk memetik itu lebih bernilai.

Sahabat semedan berjaya memetik buah.

Raikanlah.

Tidak mengapa untuk merasa cemburu.

Lebih baik cemburu sebegini daripada cemburu akan keping emas.



Teruskan berusaha.


Lajukan langkah.


Jaga sistem pembajaan.

Tetapkanlah hati.


Kalau ditakdirkan berbuah, alhamdulillah.


Kalau tidak, jadi pokok yang menghias ladang pun tidak mengapa.


Sekurang-kurangnya tidak mati.

Moga terus tsabat.

Jangan sesekali pencen.



Jangan futur.

No comments: