Saturday, November 1, 2008

Pengajaran pada hari akhir

Hari ini 5 Nov 2008, final design folio submission. Hantar folio di tingkat 12, bangunan warna warni sebelah bangunan coklat pudar. Habis sudah tahun kedua di RMIT!


Hari ini berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan saya berfikir.

Betapa banyak pun kita beramal, ianya tidak akan menjamin kita untuk masuk syurga. Kerana masuk atau tidaknya kita ke syurga bergantung kepada redha Allah semata-mata.

Betapa dalam pun kita mengkaji tentang alam, kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku pada masa depan. Kerana hakikat tersebut hanya Allah yang mengetahui.

Betapa kemas pun penyusunan masa kita, betapa tangkas pun kita melaksanakan urusan, natijahnya tetap tidak dapat kita jangkakan. Penentu natijahnya, tiada yang lain melainkan Allah sahaja.

Betapa lemahnya kita.

Apabila kita merasakan kita sedang berjaya dalam melaksanakan sesuatu, saat itulah Allah takdirkan urusan kita terganggu. Tidak begitu? Ya, mungkin tidak, kerana barangkali tidak ramai yang menyedari hal ini. Apapun bagi saya, di situ ada nilai yang hendak diajar oleh Yang Maha Agung; bukan 'kita' yang berjaya melaksanakan urusan itu, tetapi Allah yang telah menentukan kejayaan itu. Apabila terdetik sahaja di hati mengatakan, "Yes, aku berjaya!", saat itulah Allah tarik balik nikmat kejayaan, walaupun ianya hanya cetusan perasaan yang kecil. Terus hancur luluh semangat kita. Maka seharusnya tidak ada rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi dalam diri walau sedetik pun.

Apabila semangat seseorang telah lemah, ramai yang akan terus menyalahkan takdir. Padahal tidak seharusnya seseorang itu berkelakuan seperti itu. Tidak layak bg seorang mukmin untuk berputus asa dengan pertolongan Allah. Maka sepatutnya kita berbaik sangka dengan Allah kerana sekiranya Allah hendak menolong hambaNya, jalan keluar bg sesuatu masalah akan terbuka dari tempat yang tidak disangka-sangka. Di sini terdapat satu lagi nilai tarbawi dariNya.

Apa sebenarnya terjadi? Ada la...

Itu tidak penting, Yang penting, sentiasa ambil pengajaran. Dan praktikkan.



ps:

Tarbiyah itu adalah pengalaman. Iman itu adalah pengalaman. Begitu juga dengan taqwa. Ianya juga pengalaman. Baru kini kufaham. Lambat betul.

Lain kali, kalau xsempat submit folio design di kaunter level 12, terus hantar ke ofis admin archi kat koridor. InsyaAllah masih sempat submit. Asalkan sebelum pukul 5.

Itu bukan rukhsah untuk submit folio lambat-lambat.

2 comments:

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Sememangnya benar kata saudara,Kita hanya merancang, berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.Kita tidak mampu untuk menentukan sesuatu. Membuat ibadat kerana patuh kepada perintah Allah, bukan kerana yang lain.inilah dikatakan ikhlas dan ikhlas merupakan teras di dalam ihsan.
Untuk menentukan masuk syorga atau neraka Allah yang menentukan. Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Adil, tentulah akan melaksanakan kehendakNya bersesuaian dengan situasinya,Kita mestilah mempunyai sangka baik begitu terhadap takdir yang Allah akan tentukan terhadap diri kita atau sesiapa sahaja.
Wallahu aklam. WASSALAM.

Unknown said...

Wassalam Leenoh
Jzkk for the comment
Sememangnya ramai yang mengeluh apabila ditimpa kesulitan, tetapi tidak ramai yang menyedari ianya hanya ujian tanda kasihNya kpd kita