Monday, June 16, 2008

Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)

Saya telah di-tag oleh Syahrul Fitri, saudara saya yang sedang menuntut di Adelaide.

Tajuknya, usrah yang lazat lemak berkrim. Tapi belum digemari ramai.

Selalunya benda-benda sebegini tidak pernah saya hiraukan. Tetapi topik ini lain dari yang lain. Semoga ada khairnya dengan menjawab soalan-soalan yang telah di-tag.

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
  • Setahun setengah

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
  • Ter-masuk. (LOL) Tidak sedar. Mula-mula menolak mentah-mentah, tidak mahu terlibat, lama-kelamaan menjadi kerelaan. Kenapa? Haa..sambung baca.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
  • [Mula-mula] Hidup di Melbourne penuh pancaroba. Banyak dugaan yang mampu menghanyutkan sesiapa yang berdiri di laluan arus hidup duniawi. Melayu menjadi Aussie, seorang Muslim menjadi Muslim part-time, malu menjadi tidak tahu malu. Usrah, pd pandangan saya telah melindungi diri saya dari terhanyut.
  • [Sekarang] Tersentak dengan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul apabila memegang gelaran "Muslim". Bukan sekadar solat 5 waktu, puasa, zakat, haji. Juga ada sebab-sebab tertentu. Fahami wasilah ini dengan HATI TERBUKA, baru tahu.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

  • Rasa syukur
  • Rasa tenang
  • Rasa jeles (dgn mereka yang lebih hebat beramal)
dan banyak lagi!

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah


  • kefahaman.
  • ukhuwah.
  • kesedaran.
  • tanggungjawab.
  • kebanggaan.
dan banyak lagi



No comments: