Saturday, April 26, 2008

Basikal dan pengayuh


Tidak cukup dengan Palestin, Baghdad pun dibuat juga!

Kali ini, bukan Israel, tetapi kuasa besar dunia, raja "demokrasi", Amerika. Pertengahan bulan April yg lalu, US mula menaikkan tembok-tembok konkrit besar memisahkan bandar Sadr, kawasan yang padat dengan kelompok Syiah. Apa alasan mereka?

"The construction, which began Tuesday night, is intended to turn the southern quarter of Sadr City near the international Green Zone into a protected enclave, secured by Iraqi and American forces, where the Iraqi government can undertake reconstruction efforts."

Kononnya supaya kerajaan Iraq boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk membina semula masyarakat. Ayat yang telah diolah sehingga nampak baik. Namun itu alasan yang tipikal; menyembunyikan objektif sebenar mereka. Mereka tidak akan puas menindas sesiapa sahaja yang bergelar orang Islam. Saban hari, tekanan dan kekerasan ke atas umat Islam kian meningkat. Sehingga rasa sesak dada, walaupun dengan hanya membaca berita penderitaan saudara seIslam di Baghdad.

"The team building the barrier was protected by M-1 tanks, Stryker vehicles and Apache attack helicopters. As the workers labored in silence, there was a burst of fire as an M-1 tank blasted its main gun at a small group of fighters to the west. An Apache helicopter fired a Hellfire missile at a militia team equipped with rocket-propelled grenades, again interrupting the night with a thunderous boom. A cloud of dark smoke was visible in the distance through the Stryker’s night-vision system."

Lemahnya kita. Di mana silap kita? Umat Islam dahulu pernah berdiri tegak sebagai kuasa besar dunia, menaungi alam dengan nur hidayah. Pelbagai kemajuan dikecapi, kerajaan Islam menguasai ekonomi dunia. 2/3 dunia di bawah naungan agama Allah. Betapa indahnya suasana. Mungkin tidak dapat kita bayangkan bagaimana indahnya dunia apabila Islam diamalkan dengan betul kerana selama ini kita telah hidup bergelumang dengan karat-karat jahiliah. Itulah hakikat, walau sebanyak mana pun kita menafikannya.

Lihatlah sekarang. Kini kita bagai dipijak-pijak sesuka hati. Dihina sehina-hinanya. Mungkin kita orang Malaysia belum merasai sepertimana mereka yang berada di Baghdad. (BELUM MERASAI. Kemungkinannya sentiasa ada. Adakah kita hanya akan mula berfikir mengenai umat bila kita sendiri ditindas? Memang dah ditindas pun, cuma kita tak sedar. Penindasan tersebut berlaku secara halus. Fikir-fikirkan lah sendiri.


Bukannya entri ini ditulis untuk mendedahkan jenayah di atas semata-mata, sebaliknya hendak membangkitkan persoalan; apa masalah umat sekarang?

ps: Basikal hebat tapi pengayuhnya tak sehebat, hasilnya tentulah tidak hebat.
Agama hebat, umatnya tak sehebat, apa hasilnya?

2 comments:

Anonymous said...

those who forget history, are condemned to repeat it - michael santayana

tak payah michael santayana, dalam Al Quran pun ada cakap pasal benda ni...
"bangsa bangsa sebelum kamu"...

Anonymous said...

my bad, its george santayana, and its " those who can not remember the past.."

salam