Wednesday, October 16, 2013

Mainan media Malaysiakini terhadap ISMA

Permainan media

ISMA keluarkan berita: ISMA seru kumpulan Kristian menjaga keharmonian hubungan kaum dan agama.

Malaysiakini pula ambil satu kenyataan dan dimanipulasi: 'Not happy with Allah ruling? You can always move out'.

Apabila membaca media, kita perlu bijak menilai dan guna cara pandang yang betul. Malaysiakini terkenal dengan media twist. Fokus kepada mesej Ust Abdullah Zaik ialah kepada menjaga keharmonian antara kaum dan agama. Keperluan setiap warganegara utk menghormati struktur negara, patuh kepada raja, etc. Itulah prinsip asas yang membentuk negara. Apalah erti negara tanpa prinsip atau identiti ini. Sebab itu kita sama-sama hidup sebagai warganegara, rakyat Malaysia.

Datang malaysiakini, keluar berita yang fokus kepada perpecahan.

Siapa yang niat jahat? Siapa yang buat provokasi?

Menilai orang, mestilah menilai dari orang yang mengatakannya. Bukan dari pihak kedua. Cakap tentang keadilan, di mana keadilan kita di sini?

Menilai ISMA, nilailah dari ISMAWeb. Bukan dari Malaysiakini yang keluarkan berita tak ambil kira sensitiviti isu dan amanah tanggungjawab menulis. Wartawan Malaysiakini jangan hanya kejar hits tanpa mengambilkira apa yang boleh jadi disebabkan tangan mereka yang menulis. Fikir-fikir balik, tangan wartawan sebenarnya lebih berkuasa (boleh jadi lebih bahaya) dari kata-kata dan tindakan.

Sila baca juga kenyataan rasmi dari barisan hakim sendiri. Bukan ambil berita setengah masak dari portal berita yang sukakan kontroversi seperti Malaysiakini. Menilai masalah ketirisan kewangan boleh dibuat secara objektif, seharusnya menilai keputusan hakim juga haruslah berobjektif.

Baca di sini: http://www.kehakiman.gov.my/node/1490

Pembaca juga janganlah terpedaya. Sila lihat kandungan utama mesej. Kita mahu menjaga keharmonian agama. Siapa kacau, kena muhasabah.

Janganlah dipermainkan media, diperbodohkan sehingga terjadi polemik yang pelik.


Kepada ikhwah akhawat ISMA

Yang dalam sistem tarbiyah ISMA, dah ditekankan dalam Muntalaq dah. Bahan usrah kena lalui dengan baik. Bab awal-awal lagi dah kita cakap tentang teori permainan firaun yang memperbodohkan rakyatnya sehingga boleh diarahkan utk buat apa sahaja.

Saya petik sedikit dari Muntalaq karangan Ahmad Ar-Rasyid. Bab 2: Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari:

Orang Islam yang sukakan maksiat pada hari ini adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya. Demikianlah perancangan jahiliah sejak dahulu lagi yang diwarisi oleh taghut moden dari taghut sebelumnya. Jika dilihat salasilahnya, akan sampai kepada Firaun.

”Firman Allah S.WT. :

فَاسْتَخَفَّ َقوْمَهُ َفَأ َ طاعُوهُ إِنَّهُمْ َ كانُوا َقوْمًا فَاسِقِينَ

“Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Sesungguhnya mereka itu kaum yang fasik.” (Az-Zukhruf 43:54) 
Inilah tafsir yang benar terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepada Allah tidak akan dapat diperdayakan oleh taghut dan tidak akan taat kepada perintahnya.”


Begitu juga dengan strategi mengkijangkan singa. Kedua-duanya kini berlaku dalam bentuk media dan pendidikan. Neraca kita neraca wahyu. Bukan nafsu. Itulah Muntalaq (noktah permulaan) kita.

Monday, December 3, 2012

Pesanan kepada pesakit tasya'um a.k.a pesimisme

Minda pesimis banyak beri alasan. Tapi ini... tapi itu...

Sehingga tidak sedar ia membawa 2 dosa. Pertama
ia menyebabkan amal tidak berjalan. Kedua ia menyebabkan orang lain tidak beramal.

Minda pesimis ini lebih parah kesannya apabila ia ada dalam diri pimpinan, kerana ia akan diikuti oleh kebanyakan pengikut, sepertimana bayang-bayang mengikuti batang pokok yang bengkok.

Minda pesimis adalah antara penyakit berbahaya yang dihadapi oleh para duat, seperti yang tercatat di dalam buku Afatun Ala Tariq (Penyakit atas Jalan Dakwah) oleh Dr Syed Muhammad Nuh.

Kita harus berubah.

Selamat tinggal minda pesimis, insyaAllah.
(status facebook 30 November 2012)

Sekiranya ada satu tabiat yang boleh saya ubah dengan hanya memohon doa maka saya akan terus dapat mengubahnya, saya akan memilih untuk mengubah sikap pesimis saya.

Fitrah manusia, biasalah, sentiasa mengira-ngira apa yang bakal berlaku pada masa depan. Apa akan jadi kalau begini ... kalau begitu.

Tapi ini ... tapi itu ....

1001 alasan sudah keluar dari mulut diri ini.
Dan entah berapa banyak amal sudah tertahan sebabnya.
Dan entah berapa ramai juga yang telah mendapat jangkitan penyakit ini...

Inilah sebenarnya penyakit tasya'um a.k.a pesimisme.

Bagaimana bentuk pesimis dalam timbangan Islam?

Kalau ia hanya sekadar mengira dan meramal terjadinya sesuatu yang buruk sebagai akibat dari peristiwa-peristiwa tertentu, berserta pengalaman dan kebiasaan menunjukkan bahawa perkiraan itu seringkali benar dan tepat, lalu disertai dengan keyakinan bahawa segala sesuatu berada di tangan Allah ...

tetapi peristiwa ini sama sekali tidak memiliki pengaruh sedikit pun terhadap dirinya kecuali di atas izin Allah,

dan peristiwa ini sama sekali tidak membuatkannya mundur dari melanjutkan perjalanan dan merealisasikan tujuannya.

Pesimisme sebegini hukumnya tidak mengapa.


Faiza azamta fatawakkal alallah

فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (3:159)

"Pesimis (kerana melihat peristiwa tertentu) termasuk kesyirikan, dan tidak ada seorang pun di antara kita melainkan telah bersikap pesimis, akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal." (Hadis riwayat Abu Daud)

Syirik kerana menganggap hal yang dirisaukannya itu boleh mendatangkan manfaat dan mudarat, seolah-olah meletakkan ia sama dengan Allah SWT. Begitulah komen Ibn Hajar.

Komen Ibn Hajar lagi, terhadap sabda baginda "Akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal" ialah sebagai tanda bahawa apabila seseorang bersikap pesimis, lalu ia berserah diri kepada Allah dan tidak mempedulikan rasa pesimis itu, maka ia tidak akan dihukum atas sikap pesimis yang menjangkitinya.

Bangkitlah, sedarilah ketinggian darjat kita sebagai manusia di atas hamparan dunia

"Ketika Allah menciptakan bumi, maka bumi itu pun berputar sehingga Allah menciptakan gunung-ganag dan menancapkannya pada bumi sehingga ia tenang. Malaikat pun merasa kagum dengan penciptaan gunung-ganang tersebut seraya bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah di antara makhlukMu yang lebih hebat dari gunung-ganang?" Allah berfirman, "Ya besi." Mereka bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah di antara makhlukMPu yang lebih hebat dari besi?" Allah berfirman, "Ya, Api." Mereka bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah di antara makhlukMu yang lebih hebat dari api?" Allah berfirman, "Ya, air." Mereka bertanya "Wahai Tuhan kami, adakah di antara makhlukMu yang lebih hebat dari air?" Allah berfirman, "Ya, angin." Mereka bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah di antara makhlukMu yang lebih hebat dari angin?" Allah berfirman, "Ya, Anak Adam, ia bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikannya dari tangan kirinya." (Hadis riwayat Ahmad, Al-Musnad 3/124)

Bangkitlah, wahai saudara. Kita hanya perlu melawan nafsu, kuatkan jiwa, berusaha sehabis mungkin. Kita perlu sentiasa sedar akan hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang telah disempurnakan penciptaannya oleh Allah SWT. Kita diturunkan sebagai khalifah. Mengapa harus pesimis dan berjiwa lemah dengan andaian-andaian yang belum pasti?

Mari berubah.

Ucapkan selamat tinggal kepada minda pesimis.

rujukan:
"'Afatun 'ala Ath-Thariq: Terapi Ruhiyah Aktivis Dakwah" karangan Dr Sayyid Muhammad Nuh.

Friday, June 8, 2012

Tarbiyah bit tajribah. Tarbiyah atas pengalaman orang terdahulu.


Jemput baca cerita ini!


Tarbiyah bit tajribah. Tarbiyah atas pengalaman orang terdahulu.

Dalam mengorak langkah dalam dunia dakwah dan tarbiyah, saya rasa ada satu perkara yang perlu difahami oleh para daie. Kita ini bukannya generasi perintis. Kita sebenarnya ialah generasi penyambung rantaian dakwah yang panjang. Sebelum kita telah lahir ramai generasi daie yang bergerak di atas fikrah yang sama. Maka kita tidak perlu bermula dari kosong. Biar kita bergerak berdasarkan pengalaman orang terdahulu.

Bayangkan berapa ratus tahun sudah berlalu semenjak Rasulullah memulakan dakwah di Makkah. Bayangkan juga pengalaman jutaan para daie yang memperjuangkan risalah ini atas manhaj nubuwwah dari dulu sampai sekarang. Apabila kita bergerak berdasarkan pengalaman-pengalaman ini, gerak kerja kita ini sebenarnya melambangkan gerak kerja yang sangat matang, menggunakan pengalaman manusia zaman demi zaman.

Cuma kadang-kadang cerita-cerita pengalaman orang terdahulu tidak diwariskan kepada generasi baru. Samada mereka terlalu sibuk sehingga tiada masa hendak menulis, ataupun mereka kurang nampak kepentingan menceritakan pengalaman mereka ini kepada generasi baru. Apa yang kita mahu bukanlah cerita itu semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah fiqh dan ruh dakwah yang bernafas dalam cerita tersebut. Tentu ada sebab mengapa cerita nabi-nabi terdahulu diceritakan kepada Nabi Muhammad dan para sahabat.

Kita ialah generasi penyambung. Apa yang kita pelajari dari orang terdahulu perlu diamalkan. Apa yang kita belajar, perlu diwariskan pula kepada generasi seterusnya.

Ini bukan teori dakwah. Ini sunnah alam. Semua lapangan ilmu di dunia ada sejarahnya tersendiri. Manusia tidak membina bangunan tanpa melihat kepada kepada contoh-contoh terdahulu. Ilmu sains hanya mampu berkembang berdasarkan eksperimen-eksperimen terdahulu.

Allahua'lam.