Monday, April 16, 2012

Sibuk sibuk sibuk, lepas pandang prioriti kehidupan

Setiap hari kita sibuk dengan urusan yang penting dan mendesak.

Kerja datang bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk bernafas.
Masalah asyik timbul dan bertimbun.
Kadang-kadang kita berjaya selesaikan, kadang-kadang tidak. Lalu urusan ditangguh.
Facebook, emel, berita di akhbar tak boleh tinggal. Paling kurang, berjam-jam juga mengadap komputer.

Dalam arus globalisasi, semua benda bergerak dengan sangat pantas.
Semua urusan pun seolah-olah mengikut trend yang sama. Semua mesti cepat.

Begitulah kehidupan tipikal manusia zaman sekarang.

Sehinggakan kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara yang penting tetapi seolah-olah tidak terlalu mendesak sehingga kita mengabaikannya.

Bersenam.
Membaca buku ilmiah.
Menghubungkan silaturrahim.
Muhasabah.
Merancang kehidupan dan urusan seharian.
Memilih prioriti.
Qiyamullail.
Berdoa.

Semua ini penting, tetapi tidak terdesak utk dilakukan.

Hanya apabila ada masa lapang, kita cuba buat perkara-perkara tadi. Padahal semua ini akan sangat banyak membantu menyelesaikan benda yang penting dan mendesak.

Ambil masa.

Lihat kehidupan sendiri dalam perspektif orang ketiga.

Sunday, April 8, 2012

Cubaan Memahami Fitrah utk Dakwah



Orang kata lelaki itu 9 logik akal 1 emosi.
Perempuan itu 1 logik akal 9 emosi.

Seringkali juga orang kata tajmik ikhwah kurang power dari tajmik akhawat.
Kalau ikhwah dapat tajmik 20 orang, akhawat boleh sampai 100 orang.

Ramai yang kata, akhawat mudah menyentuh hati kaum hawa, kerana obviously mereka juga perempuan, sama fitrahnya. Faktor emosi menjadi kekuatan dakwah. (Cabarannya datang apabila hendak memastikan mereka jni bergerak di atas kefahaman (akal), bukan emosi semata.)

Kalau begitu, sepatutnya ikhwah juga kena bermain dengan fitrah lelaki. Mungkin org lelaki akan lebih tertarik apabila 9 bahagian logik akal mereka itu disentuh dengan sinar dakwah. Bukannya sekadar melayan emosi mereka dengan memberi sosej, belanja makan, bawa jalan dan sebagainya. Itu hanya akan memanjakan 1 bahagian emosinya sahaja. 9 bahagian akalnya itu perlu dicabar utk berfikir. Cabaran itu mungkin datang dalam bentuk hujah dan dialog. Apa yang terhasil
dari rangsangan akal itu akan menjadi asas kefahaman yang kukuh.

Sebab itu Allah byk kali suruh fikir.
Tentang alam, hakikat diri, kaum terdahulu, syurga, neraka dan sebagainya.
Kerana fikir itu boleh membawa kepada zikir.
Zikir kepada hati ibarat air kepada ikan.
Basah zikirnya, hiduplah hati.

Dan hanya hati yang hidup boleh membawa perjuangan dakwah Islam.


Cubaan memahami fitrah.
Semua teori ini hanya satu kemungkinan.

Allahua'lam.


.

Friday, April 6, 2012

Cara Membina 'Rumah'

Sketch rumah di pejabat.

Proses membina rumah bukannya semudah melukis bentuknya mengikut citarasa sendiri kemudian dibina mengikut pelan tadi. Sangat banyak proses berfikir dan perancangan teliti yg perlu dibuat sebelum itu. Gambar yang tertera merupakan sketch utk sebuah rumah. Ia telah mengambil masa hampir 2 minggu untuk memikirkan design yang terbaik utk client. Dan prosesnya masih berjalan, belum habis lagi.

Apabila membina rumah, si arkitek perlu memahami rumah itu terlebih dahulu. Rekabentuk rumah di Australia, kurang sesuai utk orang di Malaysia. Di Australia, orangnya tidak memasak seperti orang Malaysia. Apabila orang Malaysia masak di sana, habis satu rumah berbau tumisan bawang dan rempah. Apabila orang Malaysia menggunakan tandas di sana, habis banjir sehingga akhirnya boleh merosakkan struktur rumah kerana air telah menyerap masuk ke lantai atau siling. Privasi utk kaum wanita bg org Islam kurang ditekankan. Apabila ada tetamu bukan mahram datang ziarah, samada org perempuan kena duduk terkurung di dalam sebuah bilik menunggu habis ziarah atau keluar ke rumah lain. Tidak bebas hendak ke dapur contohnya. Ini baru bercakap dari segi perbezaan adat & budaya.

Iklim Malaysia dan Australia jauh berbeza. Rumah di Australia perlu penebatan yang sempurna untuk menghadapi musim sejuk dan panas. Di Malaysia, rumah yg terbuka kepada pergerakan angin lebih selesa, tidak perlu risau dgn cuaca sejuk mencecah 5 darjah Celcius.

Banyak lagi perbezaannya. Poinnya di sini, 'rumah' itu berbeza mengikut kawasan dan suasananya. Malah ia juga berbeza mengikut pemiliknya.

Sebab itu sebelum membina sebuah 'rumah', fahami dulu hatinya, ambil tahu masalahnya, dengar konflik dalaman yg mungkin timbul.

Selepas itu baru rangka pelan. Bukan ikut citarasa sendiri semata-mata, tetapi mengikut analisa yang telah dibuat.

'Arkitek' yang hebat membuat 'rumah' mengikut konteks, bukan syok dengan ideanya sendiri.