Tuesday, November 25, 2014

Kenangan jaulah ke Semalatong

Pemandangan Kampung Selamatong, dari Masjid Nurul Islam


1. Majoriti penduduk di Kampung Semalatong adalah berbangsa Iban. Majoriti beragama Muslim. Ada yang sudah pun masuk generasi ketiga sebagai Muslim.

2. Sepanjang kami bermusafir selama 2 hari ke Semalatong, kami menumpang di Masjid Nurul Islam, Kampung Semalatong. Alhamdulillah, ruh Islam masih mampu bernafas sedikit di sini. Masih ada masjid dan surau yang menjadi tempat berkumpul masyarakat Islam di sini. Walau bagaimanapun, mereka masih memerlukan panduan yang berterusan supaya mereka dapat beramal dengan cara yang betul.

3. Semasa jamuan makan malam di Masjid, saya sempat berkenalan dengan seorang pendakwah muda berumur 23 tahun. Faisal namanya; anak Melayu yang menjadi pendakwah bebas dan memperuntukkan masanya kini untuk berdakwah di Semalatong. Beliau berasal dari Belaga; tempat yang jauh di pedalaman, 4-5 jam perjalanan menaiki bot dari Kapit. Semoga kesungguhannya untuk berdakwah dalam usia yang begitu muda mendapat kemuliaan di sisi Allah.

4. Permusafiran kami ke sana memberi sedikit keinsafan bahawasanya, medan amal kami di bandar sebenarnya masih dalam zon selesa. Keadaan masyarakat yang jauh dari suasana Islami di sana kadang-kadang boleh menyebabkan kita yang dari bandar ini tergamam. Ada di kalangan aktivis ISMA yang mengikuti permusafiran ini mengaku, beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Alhamdulillah, aktiviti ramah mesra bersama penduduk kampung pada malam tersebut memberi peluang untuk interaksi yang lebih mendalam.

5. Permusafiran ini juga sebenarnya bukanlah semata-mata untuk mendekati saudara-saudara Islam di Semalatong. Pengalaman yang lebih berharga adalah pada nilai ukhuwwah yang lahir sepanjang perjalanan dan peluang untuk mengenali lebih rapat individu-individu hebat di kalangan aktivis muda ISMA.

6. Ada di kalangan kami yang baru dua tahun memeluk Islam, tetapi sudah aktif dalam dakwah dan tarbiyah. Kami memanggilnya Mac. Seperti kebanyakan muallaf yang lain, perjalanannya bukan mudah. Tentangan keluarga, persepsi umum terhadap Melayu dan Islam, dan pertarungan dalaman untuk mempertahankan keimanan dan ikatan aqidah. Sejak darjah 3 sehinggalah beliau memeluk Islam ketika ketika baru hendak melangkah ke alam universiti, beliau telah mula berfikir tentang persoalan-persoalan besar dalam kehidupan, seperti, apakah agama yang sebenarnya yang boleh membawa ke syurga. Beliau telah pun membuat perbandingan agama atas inisiatif sendiri. Beliau telah pun berusaha untuk membaca tafsir Quran. Beliau telah pun mempersoalkan perbezaan antara kesempurnaan agama dan kesempurnaan penganutnya. Beliau tahu, agama Islam itu sempurna, tetapi bukan penganutnya. Persoalan-persoalan kehidupan ini telah pun berlegar dalam pemikirannya di usia yang muda.

7. Saya juga sempat mengenali lebih rapat saudara saya, Syzwan dari Sabah. Keturunan Kadazan Dusun. Kisah keluarganya juga hebat. Ibunya memeluk Islam ketika zaman persekolahan, hasil dari persahabatan dengan seorang guru, kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah pondok di Kelantan. Ibunya balik ke Sabah sebagai seorang Ustazah. Allah kurniakan juga kelebihan kepada ibunya dengan kemahiran bertaranum. Ibunya lah juga telah mengajarnya bertaranum. Bakat Syzwan memang terserlah. Sepanjang perjalanan, ada sahaja lagu yang dia nyanyi. Saat tiba di Masjid Nurul Islam, Kampung Semalatong, Syzwan diminta menjadi bilal. Alunan suara azannya berkumandang di segenap pelusuk kampung. Apabila diamati suasana ini, dan dikenang kembali sejarah pengislaman ibunya, Allah seolah-olah hendak mengajar bahawa ada sesetengah amal yang diangkat sehingga memberi manfaat yang sangat besar kepada ummah. Usaha dakwah guru yang menjadi asbab kepada pengislaman ibu Syzwan dahulu adalah salah satu amal yang diberkati.

Friday, January 24, 2014

Permainan tersirat COMANGO

1. Premis kefahaman yang pertama

Sebelum pergi lebih jauh dalam memahami ancaman COMANGO: hak asasi acuan Barat adalah batil; hakikat hak asasi Barat itu sendiri sebenarnya berlawanan dengan Islam yang merupakan cara hidup yang menyeluruh. Atas premis ini, kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat undang-undang hak asasi sedunia yang sedang dimainkan oleh COMANGO di persidangan UNHRC UPR.

2. Layakkah COMANGO dibela disebabkan mereka memperjuangkan beberapa perkara yang baik?

Ada yang melihat kebaikan dalam laporan dan desakan COMANGO kepada kerajaan. Ada satu contoh yang diberi, merujuk kepada hak binatang dalam Perenggan 7.2.1 dan 7.2.2,

"Research has shown that there is a connection between violence against animal and violence against humans: pet abuse is 1 of 4 predictors of domestic violence; 65% of persons arrested for animal crimes have been arrested for battery against another person; and of 36 convicted multiple murderes, 46% admitted torturing animals as adolescents.

Promoting and protecting animal rights is important in itself, but may also have an impact on Malaysia's efforts to reduce violent crimes."


Perlukah COMANGO pergi ke peringkat antarabangsa untuk menegakkan hak binatang? 



Janganlah kita mudah dikelabui oleh beberapa saduran yang memberi imej baik kepada permainan sebenar COMANGO.
3. Apakah sebenarnya permainan COMANGO?

Saya petik beberapa perenggan dari laporan COMANGO. Sila rujuk laporan COMANGO di UPR;

3.3 There is also no mention of SOGI rights or the rights of indigenous peoples.
- Dalam konteks apakah hak SOGI ini dibentangkan di UN? Adakah hak sekelompok LGBT untuk makan dengan aman di restoran? Kita kena melihat dari konteks yang lebih luas
- Rujukan COMANGO dalam perkara ini ialah The SOGI Rights Report. Laporan itu jelas sekali datang dari tindakan pengharaman Seksualiti Merdeka oleh kerajaan. Secara tersirat, COMANGO memperjuangkan hak LGBT. Siapa kata COMANGO tidak mahu LGBT berleluasa?

4.3..Malaysia's implementation of the CEDAW Committee's recommendations is poor especially when they touch on matters which intersect with religion and culture, e.g., the requirement of the wali's (guardian) consent for the prospective bride even though she is an adult.
- Mempersoalkan rukun nikah umat Islam; ini bukan menentang syariat Islam? (Rukun nikah ketiga: wali.)

4.7 Fully comply with the recommendations made by the CEDAW and CRC Committees.
- Siapa dia CEDAW? Ia merujuk kepada Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women. Antara kebatilan mereka ialah:
a) menentang fatwa kebangsaan 1982 berkenaan pertukaran jantina,
b) menentang fatwa kebangsaan 2008 berkenaan hukum pengkid,
c) menentang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkenaan hubungan sejenis, 

d) mempersoalkan pengharaman Lembaga Penapisan Filem 2010 terhadap watak-watak filem yang memaparkan karakter LGBT
e) menentang pengharaman Seksualiti Merdeka 

f) memperjuangkan Prinsip Yogyakarta.
g) berjuang agar kerajaan mengiktiraf golongan transgender
h) berjuang agar LGBTIQ diiktiraf.
COMANGO mahu kerajaan Malaysia memenuhi semua cadangan CEDAW. Adakah ini selari dengan syariat Islam?

6.1.1 Malaysia refuses to recognise SOGI rights as human rights. Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LBGTIQ) are vilified, face violence and me subjected to constant harassment by state and non-state actors alike.
- Cukup satu contoh yang diberikan oleh COMANGO; kes serbuan sebuah pusat kesihatan dan kecergasan di Pulau Tikus, Georgetown, Pulau Pinang yang sebenarnya merupakan sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay. Budaya songsang inikah yang hendak dipertahankan? Ya, kaunseling perlu diberikan, mereka perlu dibawa kembali kepada fitrah yang sebenar, tetapi pada masa yang sama, undang-undang juga mesti dikuatkuasakan untuk mencegah budaya jijik ini dari menular. Masalah ini tidak akan selesai dengan melayan kehendak mereka.

9.2.2 The Penal Code contains several gender discriminatory provisions, including: Section 498 that makes it a crime to entice away a wife for sexual intercourse; and Section 375A does not make marital rape a crime.
- Seksyen 498. Undang-undang kata, sesiapa yang memikat isteri orang untuk tujuan seks, adalah merupakan kesalahan jenayah. COMANGO, melalui CEDAW membantah undang-undang sebegini. Kenapa? Kerana COMANGO memperjuangkan hak kebebasan wanita untuk berfoya-foya dengan lelaki lain. Jelas sekali, ini bertentangan dengan akidah umat Islam.

10.1.3 5,100 Malay-language Bibles were defaced by the Government.
 - ini merujuk kepada kes penahanan Bible Melayu di Port Klang dan Kuching pada 2011. Buat kesekian kalinya, hal ini sepatutnya sudah jelas, siapa yang bersalah. Sekiranya tiada provokasi awal dari pihak gereja untuk berkeras menggunakan kalimah Allah dalam Bible, tidak akan ada isu. Sejak 1986, kerajaan dan badan Islam yang berkaitan telah cuba utk bertoleransi dengan memberi peringatan demi peringatan kepada pihak gereja untuk menghormati perlembagaan dan sensitiviti agama di Malaysia. Hanya pada Januari 2014, JAIS ambil tindakan tegas dengan merampas. Selepas 29 tahun peringatan demi peringatan. Dalam sesi UPR 2013, COMANGO mengkhianati negara dengan membawa isu ini di peringkat antarabangsa. Mereka ini patut ditentang habis-habisan.

10.1.6 There is no freedom of religion for Muslims of other sects as only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e g , Shiite, are labelled as 'deviant' and actions may be taken against them.
- Secara spesifik, mereka memilih untuk memperjuangkan kebebasan beragama untuk golongan Syiah. Dan kita semua tahu, negara ini milik ASWJ. COMANGO mahu umat Islam hidup kucar-kacir. Cukuplah senario politik dunia mengajar kita; Syria, Iraq, Mesir, etc. 

10.1.11 A Hindu husband converted to Islam and converted their 3 infant children to Islam without his wife's knowledge or consent The religious authorities insist that the father had the right to convert the children unilaterally to Islam.
- COMANGO merujuk kepada kes M Indira Gandhi yang telah mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah mereka (bekas suaminya, juga bekas Hindu), Muhammad Ridzuan Abdullah. Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh telah membatalkan pengislaman anak-anak mereka kepada Islam. COMANGO sebenarnya memperjuangkan hak untuk murtad. CEDAW dirujuk dalam membuat penghakiman.
- Bukankah ini jelas menunjukkan COMANGO berniat melawan syariat Islam? 

Saya rasa cukup sekadar ini; sekadar beberapa petikan perenggan untuk kita sama-sama renungi.

Hentikan Sikap Apologetikal

Di saat ISMA sedang giat melondehkan agenda COMANGO di seluruh negara, masih ada segelintir kecil di kalangan umat Islam yang bersifat apologetikal dan defensif; mahu memberi imej Islam yang baik kepada bukan Islam tetapi dengan menutup mata kepada serangan yang berlaku kepada akidah dan pemikiran anak cucunya sendiri. Saya rasa, cukuplah. Hakikatnya ada. Jelas pada pandangan kami, tetapi mungkin tersirat pada pandangan orang lain. Ia tidak mengubah hakikat pertembungan ideologi yang sedang berlaku.

Kalau boleh bersangka baik kepada laporan COMANGO, lebih baik bersangka baik dengan usaha ISMA. Apabila datang berita dari orang yang fasik, Allah suruh semak dahulu. Bukan bersangka baik. Hak tabayyun sepatutnya lebih banyak diberikan kepada saudara seIslam. 

COMANGO boleh dikatakan pengkhianat negara kerana membawa semua masalah dalaman negara dan membawanya ke peringkat antarabangsa dalam usaha mereka untuk mengubah perlembagaan negara.

Allahua'lam

Semoga dapat manfaat dari penulisan ini. Sila sebar-sebarkan.

Sila sertai petisyen Sejuta Ummah Tolak Comango. > http://goo.gl/QEOiEf