Monday, February 27, 2012

Nota untuk mempositifkan diri di tengah belenggu


Jalan ini panjang, tahapannya beragam, tentangannya banyak. Sebab itu mereka yang meyakini jalan itu mesti tsabat menuju tujuan sampai bertemu Allah dlm keadaan seperti itu. Seperti yang telah dijelaskan oleh Syeikh Hassan al-Banna dalam Rukun Tsabat.

Pimpinan masa depan akan melihat hambatan-hambatan sebagai peluang untuk belajar dan membina pengalaman utk fasa yang mendatang. Ia tidak melihat hambatan-hambatan itu sebagai sesuatu yang menghalangnya mencapai cita-cita, sebaliknya ia melihat hambatan sebagai satu bentuk tarbiyah yang telah Allah sediakan untuknya. Celupan siapakah yang lebih baik dari celupan Allah?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Imam Qurtubi menjelaskan  bahawa di dalam ayat ini, Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan skop keupayaan dan dalam lingkungan pengetahuannya dan dengan niatnya. 

Sejauh mana ia meletakkan kemahuannya, ketinggian jiwanya dalam menggapai tujuan, sejauh itulah ia mampu melaksanakan bebanan atau taklifan yang sampai kepadanya.

Jadi, hadapilah semua masalah dengan tenang. Apabila dilema datang merasuki hati, mintalah ketenangan daripada Allah SWT. Semoga ketenangan itu berkekalan sehingga menjejak kaki ke syurga.


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang,
kembalilah kepada Rabbmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai
serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia
dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"

rujukan:
Syarah Arkanul Baiah
Kaedah Berdakwah di Jalan Allah oleh Ustaz Azizee Hasan