Friday, August 19, 2011

Hadaf Senibina

1 bedroom unit = 25 sqm
2 bedroom unit = 42 sqm
3 bedroom unit = 61 sqm
4 bedroom unit = 73 sqm
5 bedroom unit = 88 sqm

Living room 19 sqm
Kitchen 7.5 sqm
Main bedroom 10.64 sqm
Circulation 0.9-1.2 sqm
Bathroom 2.3m X 1.7m

These are the standardization of floor spaces in high density housing. Having all these figures in front of you, a question might pop up, where then can architects have the flexibility to do their work? The norm would be to tackle the circulation,orientation or envelope differently.

It is not even important to question this question. The critical question that we should ask ourselves is why do we even need to know about this in the first place?

Would it make our apartments any better than the ones built by the developers or the social housing towers?
Once we came to know about these figures, and then what?
How does it contribute to a bigger picture? Does the discussion then goes beyond the scope of architecture itself?

Green Network, Major Project Sem 2 2011.


For some reason, I can't really talk about architecture in Malay. Translating the thoughts takes too much time.
So now, another food of thought from a different point of view. In Malay.

Pemikiran yang cuba diketengahkan di sini ialah kerja berobjektif. Pengalaman kita di atas jalan dakwah mengajar kita tentang tarbiyyah bil ahdaf. Kerja kita semua ada hadaf = objektif. Kerja yg tidak berasaskan objektif akan menjadi tidak tentu hala, gerak kerjanya lintang pukang. Selalunya kita akan mudah disibukkan dengan perkara remeh yang kadang-kadang tidak membantu sangat pun ke arah objektif yang telah ditetapkan.

Seperti persoalan-persoalan tentang architecture sebelum ini. Objektif design asal hendak membina bangunan landskap, tetapi akhirnya disibukkan dengan data-data teknikal yang memakan masa dua hari untuk dicari. Dua hari itu sepatutnya boleh digunakan untuk mencari bahan lain yang lebih berguna. Cara pemikiran sebegini bukanlah sesuatu yang asing dalam kerja dakwah dan tarbiyyah.

Fikir-fikir balik, baru perasan betapa di dalam architecture pun sebenarnya sangat banyak kali ditekankan tentang design intent.

Tarbiyyah bil ahdaf.

ps: Apa objektif Ramadhan anda?

Tuesday, August 16, 2011

Pidato Khalifah


Mengimbau kembali sesi usrah beberapa tahun yang lalu, saya terjumpa kembali teks pidato Saidina Abu Bakar r.a apabila dilantik menjadi khalifah. Kata-katanya ringkas, tetapi cukup padat. Mungkin ada yang membacanya buat pertama kali, ada yang telah membacanya berkali-kali. Saya rasa, bagi mereka yang telah terjun, membasahkan dirinya dengan tarbiyyah & dakwah, bacaan kali kedua, ketiga dan seterusnya mungkin memberinya pemahaman yang berbeza dari sebelumnya. Nampaknya semakin menusuk kalbu.

Semoga mendapat manfaat dari wasiat sang khalil Rasulullah.

Empayar Khalifah Abu Bakar r.a. (sumber: Wikipedia)

________________________________________________

Saya berpesan kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah. Pujilah Dia kerana Dia sememangnya layak menerima puji-pujian. Ramukanlah pengharapan dengan ketakutan (baca: khouf dengan roja'). Bersungguh-sungguhlah memohon. Sesungguhnya Allah memuji Zakaria (a.s.) dan keluarganya. Firman Allah:

Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (al-Anbia’: 90)

Ketahuilah wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah Taala dengan hak-Nya mengambil diri kamu sebagai gadaian. Untuk itu, Dia mengambil janji setia dengan kamu. Dia membeli daripadamu sesuatu yang sedikit dan akan binasa, dan membayarnya dengan sesuatu yang lebih banyak dan kekal. (rujuk at-Taubah 9:111)

Ini adalah kitab Allah yang pada kamu. Keajaibannya tidak akan hilang, cahayanya tidak mungkin padam. Oleh itu, percayailah firmanNya, ambillah pesanan daripada kitab-Nya, dan berpandulah dengannya pada hari yang penuh kegelapan. Sesungguhnya kamu diciptakan untuk beribadah. Kamu diawasi oleh malaikat kiraman katibin yang mengetahui apa yang kamu lakukan. 

Ketahuilah wahai hamba Allah, sesungguh-nya pagi dan petang kamu bergerak menuju ajal yang tidak kamu ketahui. Oleh itu jika kamu mampu menemui ajal dalam keadaan kamu sedang beramal, maka lakukanlah. Namun kamu sama sekali tidak mampu melakukannya kecuali dengan bantuan Allah. Oleh itu berlumbalah (melakukan kebaikan) ketika masih ada tempoh ajal kamu (rujuk at-Taubah 5:48). Lakukanlah sebelum ajal datang menemui kamu. Jika tidak, Allah mengembalikan kamu kepada amalan kamu yang paling buruk. Maka sesungguhnya ada golongan yang hanya menjadikan ajal untuk kebaikan orang lain sedangkan dia alpa dengan dirinya sendiri. Oleh itu, saya melarang kamu daripada menjadi seperti mereka. 

Selamatlah... 

Selamatlah...

Sesungguhnya di belakang kamu ada ajal yang mengejar dan ia terlalu pantas bergerak menujumu.
_________________________________________________

rujukan:
"Gambaran Kehidupan Sahabat: Abu Bakar as Siddiq r.a.", Dr. Ali Laban, Modul Pembangunan Insan: Asas-asas Islam Jilid 1, Ikatan Muslimin Malaysia.