"Kehidupan seorang yang bermujahadah dan tersusun tidak mengenal erti mengelak atau mungkin mengelat."
"Kadangkala (kita) tertipu dengannya, dan merasakan itulah tribulasi hebat bagi kita."
"Di sinilah kita memetik kata-kata tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah tarbiyyah. Apa sahaja yang kita hadapi, di situ ada ruang tarbiyyah buat kita, hatta sekecil mainan perasaan sekalipun."
"Meninggalkan salah satu demi yang lagi satu, itu bukan jalannya. Sekalipun masa tidak mengizinkan, maka jalan baginya untuk memenangi kedua perkara tersebut adalah menyusun urusan dan masanya dengan baik."
"Setiap kali ia ingin melepaskan beban dan melengahkan urusan, ia berkata pada dirinya, Itu bukan jalannya."
Ada insan yang dikurniakan bakat menulis, lalu dia menulis dengan baik, memukau perhatian pembaca dengan gaya penceritaan seperti pengolahan drama Melayu Samarinda. Tetapi malangnya, penulisannya ibarat tin kosong, tiada agenda.
Ada juga yang menulis dengan hati, lantas tulisannya mengetuk hati pembaca yang terasa tulisan itu ditujukan kepadanya. Saat hati tersentuh dan mata membesar ketika membaca tulisan itu, seluruh jiwa raga pembaca terus bermuhasabah dan mengambil ibrah sepenuhnya dari tulisan itu.
Petikan-petikan di atas berasal dari satu penulisan yang kini berusia lebih kurang 3 tahun, dan entah kenapa ia sering menghantui (in a good way) fikiran penulis. Semoga ianya juga berbekas di hati orang lain. Jazakallahu khayran kpd penulis asal, yang kini sudah jarang menulis. Kemungkinan kini lebih banyak menulis manusia.