Wednesday, September 29, 2010

Housing in EVC 55 Precinct, Design Studio 8


Bring back EVC 55.

Plains Grassy Woodland should be there, shaping the site.
Gippsland Red Gum, Burgon and Kangaroo Grass.

Houses should be vernacular in looks, industrial in presence.

Nasionalisme dalam Islam


Sikap pertengahan yang diajarkan oleh Hasan al-Banna dalam nasionalisme ialah, beliau tidak menentang penganjur-penganjur kefahaman ini dengan menolaknya secara mutlak dan tidak pula menerimanya secara mutlak, tetapi beliau membezakan mana yang dapat diterima kerana sesuai dengan fahaman Islam dan mana yang harus ditolak kerana bertentangan dengan Islam.

Jika nasionalisme ditakrifkan dengan memperkuat hubungan antara anggota-anggota masyarakat suatu negara dan memberi petunjuk kepada mereka bagaimana cara menggunakan kekuatan untuk kemaslahatannya, kami setuju dengan hal itu, dan Islam memandangnya sebagai suatu kewajiban yang mesti dilaksanakan.

Dalam risalahnya Da'watuna fi Thawrin Jadid, HAB mengatakan'


"Kita adalah orang Mesir, yang dilahirkan dan dibesarkan di negeri yang mulia ini. Mesir adalah negeri mukmin, menerima Islam dengan penerimaan yang baik, mempertahankannya dan menolak dari padanya serangan musuh dalam banyak fasa sejarah serta menganutnya dengan ikhlas dan perasaan yang mendalam, Mesir tidak dapat diperbaiki melainkan dengan Islam dan penyakitnya tidak dapat disembuhkan melainkan dengan Islam. Disebabkan pelbagai situasi dan keadaan Mesir telah menjadi pengasuh fahaman Islam dan penggeraknya. Mengapa kita tidak berjuang untuk Mesir dan kebaikannya? Mengapa kita tidak mempertahankannya dengan sehabis kekuatan kita? Mengapa orang mengatakan bahawa menganut nasionalisme Mesir tidak sesuai dengan apa yang dianjurkan oleh penganjur Islam?

Sesungguhnya kita merasa mulia kerana kita ikhlas kepada tanah air tercinta ini, berjuang dan berusaha untuk kebaikannya dan kita akan tetap demikian selama kita masih hidup, dengan keyakinan bahawa ini adalah tahap pertama dari rentetan kebangkitan yang diidam-idamkan.

Mesir adalah sebahagian dunia Arab, dan bila kita berjuang untuk Mesir, bererti kita berjuang untuk dunia Arab, dunia Timur dan dunia Islam."

Petikan dari Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan al Banna, Dr Yusuf al Qardhawi.


Ada segelintir yang menolak perjuangan menyatukan Melayu di Malaysia kerana dikatakan rasis atau assabiah bangsa. Atau akan dipersoalkan pula tentang keutamaan Melayu vs Islam. Patut memperjuangkan Melayu atau Islam?

Dalam konteks ini, perjuangan Melayu perlu dilihat sebagai perjuangan memantapkan Islam di Malaysia, bukannya perjuangan politik bangsa superior. Dalam usaha ini, adalah menjadi keperluan yang besar untuk menyatukan bangsa Melayu kerana mereka membentuk majoriti umat Islam di Malaysia. Kalau bangsa majoriti Islam di sesebuah negara berpecah, berperang saudara, kemungkinan kita akan menyaksikan masa depan Malaysia yang akan dikuasai oleh parti yang memperjuangkan sekularisme. Akhirnya Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara sekular yang melihat agama sebagai satu juzuk kecil dalam kehidupan. Lihat Eropah, Turki, dan semua negara lain.

Kita kena sedar betapa beruntungnya kita dilahirkan di Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi (pada masa yang sama tidak mengetepikan kebebasan beragama untuk agama lain). Kita bebas untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Kita mampu melahirkan universiti Islam yang menjadi madrasah kepada jutaan umat Islam dari seluruh dunia. Azan masih boleh berkumandang 5 kali sehari setiap hari sepanjang tahun. Kuliah agama bebas untuk disampaikan kepada semua orang melalui media television, radio dan media massa yang lain. Muslimin dan muslimah bebas memakai jubah dan hijab di jalanan.

Semua ini akan ditekan di bawah pemerintahan sekular ataupun mana-mana negara yang tidak ada majoriti umat Islam. Kalaupun ada majoriti bangsa yang beragama Islam, kalau tidak bersatu dan menjadi kuat, kehidupan mereka tetap akan dikongkong oleh agenda bukan Islam.

Memetik kata-kata Yusuf Qardhawi dalam buku Pendidikan Islam & Madrasah Hasan al-Banna, kebangkitan bangsa merupakan salah satu siri awal kebangkitan Islam.

Tuesday, September 21, 2010

SIRAM 2010

Satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi..

Satu program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair..


mempersembahkan..


SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah




untuk pendaftaran tiket online :



program yang membentangkan sebuah sejarah yang hebat....

dari permulaan kedatangan Islam di Mekah..perkembangan di Madinah..merentas arus..terus...

kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah..

sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerajaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..

dan apa terjadi di akhirnya sehingga sekarang?

apa tindakan kita untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam kita semua yang gemilang?adakah kita lupa kita ada tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kegemilangan tersebut?

apa tindakan yang perlu kita lakukan?apa yang telah kita usahakan?atau jadilah kita seperti singa yang kehilangan taringnya....

temui semuanya di SiRAH Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..



Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :

Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972

Thursday, September 16, 2010

Portfolio Design Studio 7 (presentation layout)

Design Studio 7, semester 1 2010

Studio : Alter
Brief : Alteration/extension/addition to Melbourne Airport
Project: Glocal Terminal
Tutor : Brent Alpress


(to be laid out side by side.)
(this should've been posted last semester, anyhow, here is the layout for last semester.)