Sunday, August 22, 2010

Merdeka dan Bebas



Fahamkah kita akan kemerdekaan sebenar?
Ya, merdeka dari pemerintahan penjajah itu satu bentuk kemerdekaan.
Tetapi ideologi penjajah semasa pemerintahan ratusan tahun pasti sudah berakar dalam jiwa masyarakat.
Akhirnya merdeka hanya pada nama, belum lagi bebas.
Sejarah, ideologi, identiti, cara hidup, neraca pertimbangan, jiwa.
Semuanya mesti merdeka.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53!

Friday, August 20, 2010

Erti Kebahagiaan




“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup

Untuk pemikiran yang benar dan kukuh

Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,

Permasalahan alam yang lampau

Menjawab persoalan mereka yang kebingungan

Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?

Kenapa aku diciptakan? Adakah aku hidup kembali?


Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa

Terusir segala keraguan yang degil

Terdidiklah fikiran yang waras

Terciptalah akhlak yang mulia

Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng

kepada jalan yang benar dan lurus

Hidupmu akan dikurniakan nilai

Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina

Supaya matamu memandang di segala ufuk

Ke arah cita-cita yang tinggi


Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat

Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’

Kau tudung bumimu dengan langit

dan para malaikat menjadi saksi

Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia

Itulah asas, itulah tiang serinya

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik

dengan namanya; dialah orang yang berbahagia


Yusuf al-Qardhawi, Majalah a;-Tarbiyah al-Islamiyah, Tahun ke-6, m.s. 278