Pagi di Allambee Camp, semasa Jalinan Musim Luruh 2009
Akidah yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
Kalau kita imbas kembali sirah perjuangan Rasulullah S.A.W., baginda menghabiskan 13 tahun daripada 23 tahun tempoh dakwahnya untuk membina jati diri dan akidah yang mantap di kalangan para sahabat. Hasil dari didikan ini, lahirlah generasi umat Islam yang terbaik di kalangan umat Islam. Saidinia Abu Bakar as-Sidq r.a.; iman seluruh umat Islam jika hendak dibandingkan dengan keimanan beliau, nescaya keimanan beliau lebih berat. Saidina Umar al-Khattab r.a.; apabila beliau berjalan di sebuah lorong, syaitan-syaitan akan lari bertempiaran kerana telah berputus asa untuk menggoyah iman Umar. Saidina Uthman b Affan r.a.; malu beliau kepada Allah menyebabkan malaikat malu terhadap beliau. Sahabat yang ditangkap semasa perang dengan Rom, Abdullah bin Huzafah r.a. menangis ketika hendak dicampak ke dalam minyak mendidih; menangis kerana memikirkan beliau hanya mempunyai satu nyawa untuk syahid, sedangkan hatinya ingin dicampak ke dalam minyak itu 10 kali agar dapat syahid 10 kali. Ramai lagi sahabat-sahabat yang ceritanya hebat-hebat belaka. Semua ini hasil daripada akidah yang mantap dalam diri mereka. Seharusnya kita sebagai umat Muhammad juga menginginkan akidah yang sebaik itu.Ia memerlukan kita redha Allah sebagai Tuhan Yang Satu, Islam sebagai agama dan cara hidup kita dan Muhammad S.A.W. sebagai nabi kita.Ia memerlukan kita sentiasa muraqabah kepada Allah, mendekatkan diri kita dengan Allah. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antara yang paling mudah dilakukan tetapi berat timbangannya di Akhirat kelak ialah zikrullah....
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
...
InsyaAllah, itu yang kita impikan. Kita tidak mahu datang menghadap Sang Pencipta dengan timbangan amal yang ringan, seterusnya disumbatkan ke neraka. Pada masa yang sama, kita juga tidak mahu kita datang dengan amal yang banyak, banyaknya sebesar gunung, tetapi semuanya bagaikan debu-debu sahaja....
Rasulullah saw bersabda “Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.” Tsauban berkata, Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya. Rasulullah saw bersabda “Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukakan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukakan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”
Hadis riwayat Ibnu Majah...
Akidah yang sejahtera juga dicapai dengan sentiasa menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.Pendetailan Ciri: 1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maathur
2. Tidak berhubung dengan Jin
3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
4. Tidak menenung nasib
5. Tidak mendekati tukang tilik
6. Tidak mengusap kubur
7. Tidak meminta bantuan dari simati
8. Tidak bersumpah dgn selain Allah
9. Tidak mempercayai adanya sial
10. Mengikhlaskan amal kerana Allah
11. Mengimani rukun-rukun Iman
12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt