Thursday, July 10, 2008

Memori musim sejuk (winter trip 2008)


pertemuan di bumi ini
bukan kisah baru
ia ceritera lama
dengan lembar baru
bersama menggamit memori
bertatih mengenang silam

di sini kita bertemu
menagih kasih yang Esa
menyilang silah mengikat ukhwah
beda kita cuma taqwa
sama kita ialah hamba

di sebalik segalanya
perpisahan menjadi lipatan
menutup segala cerita
kerna ia fitrah pertemuan
namun tidak erti ia noktah
pada ukhwah yang terjalin
demi memetik cinta yang Esa

29 jamadil akhir 1429
2 julai 2008
0115 hours
Canberra Islamic Centre

ketika mata-mata terlelap, hati mula berbicara

nukilan akhi Azmir

Kerana Dia, insyaAllah


Hari demi hari semakin giat mengerah tenaga demi matlamat yang satu.

Penat lelah? Semestinya ada. Tidak logik jika diri yang bergelar manusia tidak mengenal apa itu penat.

Namun akal sentiasa mengatasi kata hati.

Jiwa dan raga dicurahkan atas jalan ini.

Wang dan harta juga diinfakkan sedikit.

Namun, muhasabah diri menimbulkan persoalan yang berat:

ikhlaskah kamu memperjuangkan dan menyampaikan risalah ini?


Hati terus bertanya.

Semoga hati tidak berbelah bagi.