Sunday, March 30, 2008

Life = Examination & Examinor = Allah SWT

Setiap kali berdepan dengan masalah, jangan sesekali mengeluh dan mula mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan ketidakpuashatian kita. Sesungguhnya, hidup ni ibarat peperiksaan yang penghujungnya hanya Allah yang tahu.

Mengeluh hanya akan menambah masalah.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" 29:2

Ps: Sering diuji kebelakangan ini. =)

Saturday, March 29, 2008

Bright Future for Architecture Students

Quite recently there's been word that there's gonna be sustainable towers to be built in Putrajaya. Studio Nicoletti Associati and Malaysian architects Hijjas Kasturi Associates were said to be the architects in charge.



I'd say the design looks pretty cool. Maybe it was the renderings that did it but still, it will be quite distinctive in Malaysia. There're not much architecturally iconic buildings back there except for a few world recognized buidlings. Telekom and Petronas Twin Tower amongst them.


Awesome. With the rising of a few cool buildings here and there in Malaysia, it seems that Malaysian architecture is moving forward; where the architects can design however they want while the engineers need to REALLY work hard to make it happen.

source INHABITAT

Sunday, March 2, 2008

Harus Melabur Dalam ASN dan ASB


As I was browsing, I came across this article. Once a matter that kinda bothered me, but now alhamdulillah it has been cleared. Now I can invest my money in ASB with a peace of mind.
Semoga pelaburan ini penuh barakah.


Harus Melabur Dalam ASN dan ASB (dipetik dari laman web rasmi JAKIM)

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.

Muzakarah kali ini juga turut membincangkan hukum membangunkan tanah wakaf khas dengan pembangunan selain daripada niat asal pewakaf. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid atau surau dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan sepertimana niat asal pewakaf dikekalkan.Walaubagaimanapun tambahan pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Berkaitan dengan isu orang Islam menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib, Jawatankuasa memutuskan bahawa sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas, umat Islam adalah dilarang menggunakannya. Perkara seumpama ini adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam.

Seramai 15 orang ahli Jawatankuasa hadir pada muzakarah kali ini dan sebanyak sebelas (11) kertas kerja telah dibincangkan pada muzakarah kali ini.

Turut hadir pada muzakarah ini ialah Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa JAKIM. Muzakarah kali ini juga turut menjemput pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk memperjelaskan isu ASN dan ASB.

Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya berharap Jawatankuasa ini akan berperanan dengan lebih berkesan agar impak dari penubuhan Jawatankuasa dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan akan sentiasa menjadi rujukan seluruh masyarakat Islam dalam dan luar negara.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohamad Shukri bin Mohamad yang baru dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 menggantikan Y. Bhg. Dato' Hj. Hasbullah bin Mohd. Hassan. Jawatankuasa juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Dato' Hj. Hasbullah bin Mohd. Hassan di atas sumbangan besar yang telah beliau berikan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan seluruh umat Islam.

Ahli-ahli Jawatankuasa turut diraikan pada Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Terengganu dan telah dihadiri oleh Y.B. Dato' Rosol bin Wahid, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Negeri Terengganu.

Muzakarah kali ke-80 ini diakhiri dengan Majlis Sidang Media pada 3 Februari 2008 dan telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada Kerajaan Negeri Terengganu selaku Tuan Rumah kali ini.