Friday, April 6, 2012

Cara Membina 'Rumah'

Sketch rumah di pejabat.

Proses membina rumah bukannya semudah melukis bentuknya mengikut citarasa sendiri kemudian dibina mengikut pelan tadi. Sangat banyak proses berfikir dan perancangan teliti yg perlu dibuat sebelum itu. Gambar yang tertera merupakan sketch utk sebuah rumah. Ia telah mengambil masa hampir 2 minggu untuk memikirkan design yang terbaik utk client. Dan prosesnya masih berjalan, belum habis lagi.

Apabila membina rumah, si arkitek perlu memahami rumah itu terlebih dahulu. Rekabentuk rumah di Australia, kurang sesuai utk orang di Malaysia. Di Australia, orangnya tidak memasak seperti orang Malaysia. Apabila orang Malaysia masak di sana, habis satu rumah berbau tumisan bawang dan rempah. Apabila orang Malaysia menggunakan tandas di sana, habis banjir sehingga akhirnya boleh merosakkan struktur rumah kerana air telah menyerap masuk ke lantai atau siling. Privasi utk kaum wanita bg org Islam kurang ditekankan. Apabila ada tetamu bukan mahram datang ziarah, samada org perempuan kena duduk terkurung di dalam sebuah bilik menunggu habis ziarah atau keluar ke rumah lain. Tidak bebas hendak ke dapur contohnya. Ini baru bercakap dari segi perbezaan adat & budaya.

Iklim Malaysia dan Australia jauh berbeza. Rumah di Australia perlu penebatan yang sempurna untuk menghadapi musim sejuk dan panas. Di Malaysia, rumah yg terbuka kepada pergerakan angin lebih selesa, tidak perlu risau dgn cuaca sejuk mencecah 5 darjah Celcius.

Banyak lagi perbezaannya. Poinnya di sini, 'rumah' itu berbeza mengikut kawasan dan suasananya. Malah ia juga berbeza mengikut pemiliknya.

Sebab itu sebelum membina sebuah 'rumah', fahami dulu hatinya, ambil tahu masalahnya, dengar konflik dalaman yg mungkin timbul.

Selepas itu baru rangka pelan. Bukan ikut citarasa sendiri semata-mata, tetapi mengikut analisa yang telah dibuat.

'Arkitek' yang hebat membuat 'rumah' mengikut konteks, bukan syok dengan ideanya sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Kebanyakan rumah2 di malaysia panas pada waktu tengah hari dan malam. harap isu diketengah kan untuk membina rumah.. :)